More
    Home Sarawak Kuching Seramai 289,200 orang remaja berusia 12-17 tahun mula divaksin secara berperingkat pada...

    Seramai 289,200 orang remaja berusia 12-17 tahun mula divaksin secara berperingkat pada Rabu

    KUCHING, 09 SEPTEMBER 2021 (SNN) : Seramai 289,200 orang remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun akan mendapat suntikan vaksin secara berperingkat menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di Sarawak bermula Rabu.

    Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Dato Dr Mohamed Sapian Mohamed berkata, berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2021, kumpulan remaja berusia 16 hingga 17 tahun adalah seramai 96,400 meliputi 3.4 peratus populasi penduduk Sarawak. Manakala kumpulan remaja berusia 12 hingga 15 tahun pula adalah seramai 192,800 atau 6.9 peratus daripada populasi penduduk negeri ini.

    “Pada peringkat awal, program imunisasi untuk remaja akan menyasarkan dua kumpulan sasar iaitu semua remaja berusia 12 hingga 15 tahun yang berkomorbid dan remaja berusia 16 hingga 17 tahun.

    “Bagi pemberian imunisasi COVID-19 bagi kumpulan remaja berusia 12 hingga 15 tahun yang sihat dijadualkan bermula pada penghujung September 2021 bergantung kepada stok bekalan vaksin,” katanya dalam satu kenyataan media pada Rabu.

    Dato Dr Mohamed menambah, program imunisasi tersebut akan dilaksanakan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) awam, sekolah-sekolah dan klinik-klinik kesihatan yang telah dikenal pasti oleh Pejabat Kesihatan Bahagian dengan kerjasama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian.

    Bagi Klinik kesihatan pula akan memberikan perkhidmatan asrama yang masih berada di kampung termasuk remaja yang tidak bersekolah. Matlamat program imunisasi di kalangan remaja di Sarawak adalah untuk memastikan remaja 16 hingga 17 tahun akan lengkap menerima imunisasi sebelum sesi persekolahan bermula pada 3 Oktober 2021. Manakala bagi remaja 12 hingga 15 tahun dijangka bermula pada minggu keempat Oktober iaitu dari 22 hingga 26 Oktober depan.

    Sementara itu katanya, bagi memastikan kejayaan program imunisasi remaja ini, para petugas di Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak telah dilatih untuk mengendalikan Sistem Pengurusan Pemberian Imunisasi COVID-19 murid sekolah.

    Terdahulu, Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg diiringi Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak Datuk Amar Douglas Unggah Embas dan Menteri Muda do Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam & DBKU) dan Menteri Muda Utiliti Sarawak merangkap ADUN Pantai Damai meninjau Pusat Pemberian Vaksin di Telaga Air semalam.-SUMBER UKAS.

    Remaja yang berusia antara 12-17 tahun dilihat sudah mendaftarkan diri untuk menerima dos pertama vaksin covid-19

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PETROS kekal sebagai aggregator tunggal sah di Sarawak-Julaihi

    0
    KUCHING, 14 NOVEMBER 2024: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) terus mengukuhkan peranannya sebagai agregator gas tunggal di Sarawak dengan menandatangani beberapa Perjanjian Jualan Gas (GSA)...