More
    Home Malaysia Seramai 100 orang belia dari Kota Samarahan sertai Kursus Pra Perkahwinan Siri...

    Seramai 100 orang belia dari Kota Samarahan sertai Kursus Pra Perkahwinan Siri 1 2022

    KOTA SAMARAHAN, 06 JULAI 2022 (SNN): Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang telah menyempurnakan Kursus Pra Perkahwinan Siri 1 2022 bertempat di Dewan Suarah Kota Samarahan di sini pada Isnin.

    Kursus anjuran Skuad Anti Dadah Kebangsaan Daerah Samarahan dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Bahagian Samarahan itu disertai kira-kira 100 orang golongan belia dari Daerah Samarahan.

    Seramai 100 peserta yang terdiri daripada belia dari sekitar Kota Samarahan tidak melepaskan peluang mengikuti kursus pra perkahwinan pada Selasa.

    Ia diadakan dengan tujuan mempermudahkan sebarang urusan pendaftaraan perkahwinan bagi para peserta.

    Selain ceramah berkaitan perkahwinan, diadakan juga cabutan bertuah untuk bakal-bakal pasangan pengantin yang hadir.

    Hadir sama pada program tersebut ialah wakil-wakil jabatan kerajaan, ahli jawatankuasa masjid serta pengurus kursus berkenaan.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pelancaran Pavillion Sarawak di MWC Barcelona platform Sarawak tarik pelabur asing...

    0
    BARCELONA, 04 MAC 2025: Kerajaan Sarawak secara rasmi telah melancarkan Pavillion Sarawak sempena Kongres Mudah Alih Sedunia (MWC) Barcelona 2025 yang berlangsung selama empat...