More
    Home Seorang lelaki ditemui tergantung di Bau

    Seorang lelaki ditemui tergantung di Bau

    BAU, 16 OGOS 2020 (SNN) : Seorang lelaki tempatan ditemui tergantung di sebatang pokok oleh orang awam berhampiran dengan bangunan pasar raya Jun Rong, pagi hari ini.

    Ketua Polis Daerah Bau, DSP Poge Nyaon berkata, pihaknya menerima laporan kejadian daripada orang awam sekitar jam 7.15 pagi.

    Susulan itu jelasnya, sepasukan anggota peronda kereta polis (MPV) Bau telah dikerahkan ke lokasi kejadian untuk membuat siasatan lanjut.

    “Hasil siasatan awal mendapati mangsa seorang lelaki tempatan, 48 tahun, yang beralamat di Kampung Seromah, Bau, Sarawak.

    “Mangsa disahkan telah meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas kesihatan dari Hospital Bau,” jelasnya dalam satu kenyataan media.

    Tambahnya, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Bau untuk tindakan siasatan lanjut.

    Mayat mangsa di temui di kawasan pasar raya Jun Rong, Bau

    Ujarnya kes kini masih dalam siasatan dan di klasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).-Niza.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Sarawak berpoetensi besar sebagai kawasan pertumbuhan ekonomi di Asia Pasifik

    0
    KUCHING, 19 APRIL 2025: Amalan dasar Sarawak yang berteraskan tenaga hijau yang boleh diperbaharui sebagai sumber ekonomi baharu mendapat pengiktirafan daripada Forum Ekonomi Dunia...