More
    Home Sarawak Bintulu Semua pihak digesa beri kerjasama banteras vandalisme ke atas kemudahan utiliti dan...

    Semua pihak digesa beri kerjasama banteras vandalisme ke atas kemudahan utiliti dan telekomunikasi

    BINTULU, 31 OKTOBER 2024: Kerjasama semua pihak adalah sangat penting untuk mencegah dan menyelesaikan masalah vandalisme terutama berkaitan kemudahan utiliti dan telekomunikasi yang kini menunjukkan peningkatan ketara.

    Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, usaha membanteras masalah vandalisme bukan sahaja bergantung dengan pendidikan dari sekolah malah perlu bermula dengan didikan di rumah.

    “Ibu bapa atau penjaga memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak agar menghargai kemudahan awam dan menerapkan nilai murni dalam diri mereka.

    “Didikan dan disiplin yang ditunjukkan dan disemai oleh ibu bapa akan memberikan kesan yang besar kerana mereka merupakan teladan bagi anak-anak,” katanya semasa merasmikan Program Pencegahan Vandalisme Terhadap Kemudahan Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak 2024, pada Selasa.

    Dato Sri Stephen Rundie Utom disaksikan Dato Sri Julaihi dan dif kenamaan lain menyempurnakan gimik perasmian Program Pencegahan Terhadap Vandalisme MUT

    Dato Sri Dr Stephen Rundi dalam ucapannya juga menegaskan integriti merupakan nilai penting yang harus diterapkan ibu bapa kepada anak mereka sejak dari awal selain menyentuh profesion perguruan masa kini yang semakin mencabar dan memerlukan pendekatan relevan untuk mengatasi masalah vandalisme dalam kalangan pelajar.

    “Kerjasama antara ibu bapa dan pihak sekolah juga penting dalam memupuk kesedaran mengenai kesalahan vandalisme ke arah pembentukan generasi yang berintegriti dan berdisiplin tinggi,” tambahnya.

    Dalam pada itu, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi turut menggesa agar odinan yang berkaitan perlu disemak semula, diperketat dengan penalti yang lebih berat bagi kesalahan yang mengakibatkan kerosakan semua jenis kemudahan kerana ia mengganggu serta menimbulkan keresahan orang awam.

    Turut hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak; Iskandar Turkee, ADUN Tanjong Batu; Johnny Pang Leong Ming, Residen Bahagian Bintulu; Datu Nyurak Keti, Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti Dan Telekomunikasi Sarawak; Datu Jafri Lias, Pengerusi Laku Management Sdn Bhd; Datuk Nelson Balang Rining, Ketua Polis Daerah Bintulu; Superintenden Nixon Joshua Ali dan Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Lembaga Kemajuan Bintulu; Dato Haider Khan Ashar Khan.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan lapangan terbang baharu di Kuching akan menjadi nilai tambah daya...

    0
    KUCHING, 25 DISEMBER 2024: Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan...