KUCHING, 20 JULAI 2022 (SNN): Premier Sarawak YAB Datuk Patinggi Tan Sri Abg Johari bin Tun Abg Haji Openg telah merasmikan Seminar Fatwa Peringkat Sarawak bersempena dengan sambutan 25 tahun ( Jubli Perak ) Jabatan Mufti Sarawak bertempat di sebuah hotel di Kuching.
Dalam ucapan amanat, YAB mengucapkan tahniah diatas penganjuran seminar bagi kita menambah kefahaman apa itu Fatwa, kesan dan penambahan ilmu agama masyarakat Islam untuk membangun Sarawak dan Malaysia seiring dengan perubahan dunia berlandaskan Al-Quran dan Sunah.
Tambah nya lagi, kita umat Islam dapat menyemarakkan lagi ilmu-ilmu berlandaskan Al -Quran dan Sunnah bagi membangun anak-anak islam yang berkhemah dan meneruskan tanggungjawab membangunkan masyarakat itu sendiri.
“Fatwa dikeluarkan dan dirujuk kepada mereka yang lebih mengetahui selok belok dan apa bila fatwa dikeluarkan maka umat islam sudah tentu akan melaksanakan tanggungjawab berlandaskan fatwa tersebut,” tegasnya.
Dalam pada itu, Kerajaan Sarawak akan tetap meneruskan projek-projek pembangunan yang sudah dirancangnya untuk kepentingan ekonomi dan rakyat negeri ini, biarpun kerajaan pusat mengambil langkah penjimatan seperti yang diumumkan dalam satu Pekeliling Perbendaharaan baru-baru.
Jelasnya, setakat ini beliau belum dapat menjangka secara terperinci kesan dasar baru penjimatan persekutuan itu, tetapi secara makronya ia tidak akan menjejaskan perancangan pembangunan negeri.
“Bukan kata kita tidak berjimat, cuma kita rasa kemampuan kita ada. (Perancangan) sudah dirangka dan peruntukan sudah tersedia, kita teruskan. Kalau tidak, ekonomi akan merudum. Orang akan hilang kerja. Untuk Sarawak kita teruskan, jambatan, RTP (Program Transformasi Luar Bandar) semua jalan.
““Bukan kata kita tidak berjimat, cuma kita rasa kemampuan kita ada. (Perancangan) sudah dirangka dan peruntukan sudah tersedia, kita teruskan. Kalau tidak, ekonomi akan merudum. Orang akan hilang kerja. Untuk Sarawak kita teruskan, jambatan, RTP (Program Transformasi Luar Bandar) semua jalan,” ujarnya lagi.
Turut hadir sama, YB Tan Sri Datuk Amar Mohd Asfia bin Awg Nassar; Speaker Dewan Undangan Sarawak, YB Datuk Dr Abdul Rahman bin Junaidi; Timbalan Menteri Utiliti merangkap Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama Islam, Dato Sri Mohd Abu Bakar Haji Marzuki; Pemangku Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datu Haji Misnu bin Taha; YDP Majlis Islam Sarawak, Datu Hj Kipli bin Yassin; Mufti Sarawak, Datuk Dr Lukman bin Haji Abdullah; Mufti Wilayah Persekutuan, Dato Dr Haji Anhar bin Haji Opir; Mufti Negeri Selangor dan dif kenamaan lain.