More
    Home Sarawak Betong Semangat Patriotisme dalam kalangan generasi muda penting membentuk negara makmur pada masa...

    Semangat Patriotisme dalam kalangan generasi muda penting membentuk negara makmur pada masa hadapan

    BETONG, 31 OGOS 2022 (SNN): Konsep dan semangat patriotisme bagi membina kesefahaman dan penyatuan nilai masyarakat majmuk agar bersatu khususnya generasi muda mencerminkan kesetiaan kepada negara serta pembentukan negara yang maju pada masa hadapan.

    Menteri Bertanggungjawab Sambutan Hari Kebangsaan 2022, Datuk Julaihi Narawi berkata, semangat itu perlu dihayati oleh masyarakat khususnya generasi muda kerana nilai ini perlu dipupuk dengan nilai-nilai patriotisme dari peringkat usia muda.

    “Hal ini kerana, apabila dewasa nanti ia akan mejadi teras jati diri cintakan negara.
    “Generasi muda juga harus disemat nilai hidup yang tidak mengutamakan kepentingan diri semata-mata, tapi lebih memberi keutamaan kepentingan tanah air.

    “Sesebuah negara memerlukan generasi yang berdisiplin dan produktif yang mana bakal mengemudi kepimpinan negara pada masa akan datang,” katanya semasa berucap pada Sambutan Hari Kebangsaan 2022 Peringkat Sarawak di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, Betong, hari ini.

    Datuk Julaihi selaku menteri bertanggungjawab mengetuai perbarisan penyerahan bendera yang menjadi simbolik perasmian Sambutan kali ini.-Foto JPEN

    Julaihi yang juga Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak menjelaskan, matlamat sambutan seperti ini pada setiap tahun adalah bagi menimbulkan kesedaran terutama belia tentang pentingnya semangat patriotisme dan sayangkan negara untuk sentiasa dipertahankan.

    Sambutan itu dihadiri Yang di-Pertua Negeri; Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, Premier Sarawak; Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Timbalan-Timbalan Premier; Datuk Amar Douglas Unggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Dato Sri Prof Dr Sim Kui Hian, barisan menteri kerajaan negeri dan dif-dif kehormat yang lain.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan lapangan terbang baharu di Kuching akan menjadi nilai tambah daya...

    0
    KUCHING, 25 DISEMBER 2024: Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan...