More
    Home Sarawak Betong Selesaikan isu bekalan air di kawasan Pusa dan Beladin dengan segera demi...

    Selesaikan isu bekalan air di kawasan Pusa dan Beladin dengan segera demi kebaikan bersama-ADUN Beting Maro

    PUSA, 02 MEI 2023 (SNN): Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro, Razaili Gapor menggesa pihak berwajib agar menyelesaikan masalah kekurangan bekalan air bersih serta air paip tidak berfungsi dengan baik yang menjejaskan aktiviti penduduk di kawasan Pusa dan Beladin.

    Memetik laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), beliau berkata masalah kekurangan bekalan air bersih yang dihadapi penduduk Kampung Pusa dan Beladin telah berlaku sebelum menjelang Syawal lagi hingga ke hari ini.

    “Hal ini menyebabkan banyak pihak mengadu akibat daripada ketiadaan air ini menjejaskan aktiviti harian mereka terutama menjelang hari raya yang lalu,” katanya.

    Beliau dalam satu kenyataan pada Isnin juga memohon agar pihak Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Betong mengadakan mesyuarat khas untuk memberi maklumat terperinci kepada Ketua Masyarakat Dan Ketua Kaum supaya dapat disampaikan kepada masyarakat setempat.

    Tegasnya, ia penting kerana terdapat beberapa penduduk sering menyalahi pihak kerajaan mahupun wakil rakyat di kawasan itu, seolah-olah mereka tidak peduli dan tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan Wisma Melayu dijangka siap sepenuhnya pada tahun ini-Awang Tengah

    0
    KUCHING, 01 MAC 2025 (SNN): Projek pembinaan Wisma Melayu di Jalan Diplomatik, Petra Jaya yang akan menjadi mercu tanda kebudayaan masyarakat Melayu Sarawak kini...