Presiden USA, Donald Trump setelah dilantik sebagai presiden untuk kali kedua pada bulan Januari 2025 telah menggegarkan dunia dengan berbagai celoteh, gelagat dan gaya kepimpinannya. Sebilangan besar pemimpin dunia dan juga netizen sudah pasti meluat dan menyampah gaya kepimpinannya seperti tidak beradap dan berpendidikan. Tukang podcast Amerika sendiri setiap hari memaki hamun beliau dengan kata-kata kesat seperti paloi dan gila.
Jika diteliti dengan halus dan objektif kepimpinan Donald Trump bagus dalam beberapa dasar dan tindakannya. Beliau telah menjadikan parti Republican sangat konservatif, baca nasionalis. Dasar baharu Trump ialah mengenai immigrasi untuk menangani kebanjiran pendatang haram (seperti juga kita di Malaysia) selama berdekad lamanya. Semasa pertama kali menjadi presiden, Donald Trump telah membelanjakan berbillion dollar untuk membina tembok di sempadan USA-Mexico. Apabila kembali mendiami Rumah Putih pada awal tahun 2025 Donald Trump telah mengerahkan anggota polis menangkap dan membuang negeri immigran haram. Antara sebab-sebab yang digunakan Donald Trump ialah immigran-immigran ini merupakan penjenayah, pengotor, bongkak dan mencetuskan berbagai masalah sosial. Dasar dan tindakan ini merupakan dasar dan tindakan yang bagus dan positif.
Kerajaan Malaysia selama ini terlalu leka dan baik dalam dasar immigran sehingga hampir seluruh dunia tertarik datang ke Malaysia, khususnya Bandaraya KL, sebagai pelancong tetapi kemudian menjadi pendatang haram. Kini pendatang haram di Malaysia telah meningkat berjutaan orang. Pada mulanya immigran haram dari Indonesia, Vietnam, Filipina, Burma dan Kemboja. Kini immigran haram ke Malaysia datang dari Brazil, Nigeria, Nepal, Albania, Turkemistan, India, Pakistan dan China. Sampai bila harus bergini? Atau menunggu muncul seorang pemimpin baharu, berani dan mungkin gila..