More
    Home Sarawak Kuching Segala yang ada dalam lingkungan 200 batu nautika adalah hak Wilayah Sarawak-Sharifah...

    Segala yang ada dalam lingkungan 200 batu nautika adalah hak Wilayah Sarawak-Sharifah Hasidah

    KUCHING, 07 OGOS 2024: Sarawak telah mencapai penyelesaian berhubung hak dan kuasa dalam mengurus serta menggunakan tanah di pelantar benua selaras dengan peruntukan perlembagaan.

    Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Persekutuan-Negeri) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali menjelaskan, tanah adalah perkara di bawah kuasa prundangan dan eksekutif negeri yang tidak boleh diganggu gugat.

    “Jadi yang utama seperti saya kata tadi, sempadan laut negara kita seperti yang didefinisikan dalam kanun tanah kita adalah sampai ke tebing benua atau ‘english ontinental shelf’ iaitu 200 batu nautika.

    “Bukan hanya tiga atau empat batu nautika, 200 batu nautika dan apa-apa dalam lingkungan 200 nautika adalah hak wilayah Sarawak.

    “Sebab kita ada hak untuk mengurus selia, menggunakan apa juga yang sumber asli atau sumber yang terdapat di bawah tanah di dalam lingkungan 200 batu nautika,” katanya kepada pemberita selepas hadir dalam majlis perasmian Liga Pickleball betempat di Pickle Ball Arena, pada Selasa.

    Datuk Sharifah Hasidah ketika menyampaikan sumbangan kepada Dal HCM Kuching Pickleball leauge 2024-foto UKAS

    Datuk Sharifah mengulas lebih lanjut, Kerajaan Sarawak akan terus berhubung dengan Kerajaan Persekutuan dalam melaksanakan hak dan kuasa perlembagaan demi kepentingan negara dan untuk menggalakkan kesejahteraan ekonomi dan kemajuan Persekutuan.

    Dalam perkembangan yang sama Datuk Sharifah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samariang berkata, inisiatif yang diketuai Presiden Kelab Penyokong Manchester United Sarawak (MUSC) Datuk Dzulkarnaen Ahmad telah menyediakan satu lagi kemudahan sukan untuk orang ramai.

    Jelasnya, pembinaan gelanggang yang terletak dalam kawasan DUN Samariang itu juga sejajar dengan perkembangan sukan yang kian digemari warga Sarawak dari pelbagai peringkat umur.

    Mengulas lanjut, Datuk Dzulkarnaen berkata liga berkenaan disertai 11 pasukan yang akan berentap merebut hadiah wang tunai berjumlah RM20,000.

    Juara akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM7,000, naib juara (RM5,000) manakala tempat ketiga (RM4,000) dan juga disertakan piala, pingat dan peralatan sukan pickleball.

    Manakala ditempat keempat dan kelima, masing-masing akan menerima hadiah wang tunai RM2,500 dan RM1,500.

    Hadir sama dalam liga tersebut Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS); Datuk Abdullah Saidol serta tetamu kehormat yang lain.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan lapangan terbang baharu di Kuching akan menjadi nilai tambah daya...

    0
    KUCHING, 25 DISEMBER 2024: Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan...