More
    Home Sarawak Kuching SEDC main peranan besar dalam penyelidikan dan pembangunan berkaitan tenaga boleh diperbaharui...

    SEDC main peranan besar dalam penyelidikan dan pembangunan berkaitan tenaga boleh diperbaharui pada masa hadapan-Premier Sarawak

    KUCHING, 05 JULAI 2022 (SNN): Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) terus diberi tanggungjawab untuk menjalankan kajian lanjut mengenai pengeluaran bio bahan api daripada sumber lumut di negeri ini.

    Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, melalui inisiatif tersebut, Sarawak akan mencapai matlamat dalam mengurangkan pelepasan karbon dan menjadi pengeluar bio bahan api khusus untuk industri penerbangan.

    “Kami telah meminda ordinan perhutanan di mana sebahagian daripadanya adalah untuk membangunkan hidrogen serta mengurangkan pelepasan karbon.

    “Saya juga telah meminta SEDC untuk menjalankan kajian menghasilkan bio bahan api daripada sumber lumut. Dan jika ini berlaku, kita boleh menghasilkan bio bahan api khusus untuk industri penerbangan,” katanya semasa berucap dalam Majlis Makan Malam Sempena Ulang Tahun SEDC Ke-50 Tahun di Riverside Majestic Hotel Kuching pada Isnin.

    Sekitar Sambutan Ulang Tahun ke-50 SEDC yang dirasmikan oleh Premier Sarawak-Foto FB Datuk Julaihi.

    Dalam pada itu, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari berkata, SEDC adalah salah satu cabang penting bagi kerajaan negeri dalam membangunkan lebih banyak penyelidikan dan pembangunan mengenai tenaga yang boleh diperbaharui.

    Katanya, ini selaras dengan agenda negeri ke arah menggalakkan tenaga hijau menjelang 2030 seiring dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai sebuah negeri maju dengan ekonomi berpendapatan tinggi.

    “Sarawak sangat bertuah kerana boleh menghasilkan banyak hidrogen kerana kita mempunyai beberapa empangan air. Ini boleh menjadi sumber tenaga mesra alam. Saya telah meminta SEDC memainkan peranannya untuk menggunakan ini,” ujar beliau.

    Dalam majlis tersebut, Premier Sarawak turut menyaksikan SEDC memperkenalkan logo baharunya yang menandakan jalan ke hadapan untuk memajukan perniagaan korporat dan usaha sosial.

    Turut hadir dalam program tersebut ialah Timbalan Premier Sarawak; Dato Sri Prof. Dr. Sim Kui Hian, Speaker Dewan Undangan Negeri; Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Menteri Pengangkutan Sarawak; Dato Sri Lee Kim Shin, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi; Datuk Julaihi Narawi, Pengerusi SEDC; Tan Sri Datuk Amar (Dr.) Abdul Aziz Husain, Pemangku Setiausaha Kerajaan Sarawak; Dato Sri Mohamad Abu Bakar Marzuki serta tetamu kehormat lain.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PETROS kekal sebagai aggregator tunggal sah di Sarawak-Julaihi

    0
    KUCHING, 14 NOVEMBER 2024: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) terus mengukuhkan peranannya sebagai agregator gas tunggal di Sarawak dengan menandatangani beberapa Perjanjian Jualan Gas (GSA)...