More
    Home Malaysia Sebuyau diiktiraf sebagai Daerah penuh, bakal merancakkan lagi pembangunan kawasan luar bandar

    Sebuyau diiktiraf sebagai Daerah penuh, bakal merancakkan lagi pembangunan kawasan luar bandar

    SEBUYAU, 15 DISEMBER 2021 (SNN) : Penaiktarafan Sebuyau dari Daerah Kecil sebagai Daerah penuh bakal merancakkan pembangunan di kawasan itu sesuai dengan kedudukannya yang strategik di laluan jalan pesisir dan pembangunan infrastruktur yang sedang rancak dilaksanakan.

    Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, Sebuyau mesti dibangunkan seperti kawasan lain di bandar oleh hal sedemikian kerajaan negeri sebelum ini telahpun meluluskan beberapa projek mega di kawasan luar bandar termasuk di Sebuyau seperti penyediaan bekalan air, elektrik, jambatan dan jalan raya.

    “Yang paling penting mesti ada DO (Pegawai Daerah), SAO (Pegawai Tadbir) dan jabatan-jabatan yang penting di Sebuyau untuk memudahkan urusan pennduduk di kawasan sekitar yang melibatkan urusan rasmi. Kerana itu saya mengambil keputusan Sebuyau diangkatkan menjadi daerah penuh,” katanya berucap semasa Majlis Pelancaran Sebuyau Sebagai Daerah bertempat di Dewan Pembangunan Sebuyau pada Selasa.

    Menurut Ketua Menteri, kompleks pentadbiran baru akan dibangunkan di New Township Sebuyau bagi menempatkan pejabat-pejabat kerajaan. Katanya lagi, kawasan perumahan dan pusat komersial juga akan dibangunkan berhampiran dengan new township tersebut dalam merancakkan pembangunan di Sebuyau. Hal ini akan menguntungkan orang Sebuyau kerana kita ada kerajaan yang prihatin.

    Majlis Perasmian Sebuyau sebagai Daerah Penuh di Dewan Pembangunan, Sebuyau yang turut dihadiri ramai penduduk Sebuyau.

    Terdahulu, Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak merangkap calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi DUN Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi berkata penaiktarafan Sebuyau sebagai daerah penuh sangat bertepatan dengan kerancakan pembangunan yang sedang dilaksanakan di situ.

    “Status sebagai daerah bagi Sebuyau amat kami di sini tunggu-tunggukan sejak sekian lama lebih-lebih lagi apabila kita dapat menyaksikan agenda, dasar dan program pembangunan yang berjalan di seluruh Sarawak khasnya di Sebuyau begitu ketara berjalan dengan lancar.

    “Kita banyak projek-projek mega yang sedang berlaku di daerah Sebuyau. Oleh itu, amat bertepatan sekali daerah kecil Sebuyau dinaiktaraf sebagai daerah penuh apabila kita dapat sama-sama menyaksikan betapa banyaknya projek yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Sarawak di kawasan ini,” katanya.

    Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Jaul Samion berkata dengan menaiktaraf daerah Kecil Sebuyau kepada Daerah penuh, beban tugas Pejabat Daerah Simunjan akan diringankan dan seterusnya penyampaian perkhidmatan Kerajaan akan menjadi lebih responsif dan mudah dalam memenuhi keperluan-keperluan penduduk Sebuyau.

    Berucap dalam teks ucapan dibaca oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak (Transformasi Sosio-Ekonomi), Dato Sri Mohamad Abu Bakar Marzuki, Datuk Amar Jaul berkata semua urusan pentadbiran akan diuruskan di Pejabat Daerah Sebuyau tanpa perlu bersusah payah berulang alik ke Simunjan yang jaraknya sejauh 60km dari situ.

    “Selain itu, pengwujudan Pentadbiran Daerah Sebuyau adalah sangat bertepatan dalam mendokong dan mengkoordinasikan pelaksanaan pelbagai program dan projek di Bahagian Samarahan melalui Integrated Regional Samarahan Development Agency (IRSDA) yang dijangka dapat merancakkan lagi pertumbuhan sosio ekonomi penduduk Sebuyau khususnya,” jelas Dato Sri Mohamad Abu Bakar.-SUMBER UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak akan melaksanakan Projek Rural High Speed Broadband di Sebuyau

    0
    SEBUYAU, 27 JANUARI 2025 (SNN): Seramai 122 orang kanak-kanak telah mengambil bahagian dalam program berkhatan beramai-ramai anjuran Parlimen 201 Batang Lupar dan N27 Sebuyau...