More
    Home Sarawak Kuching Sebanyak RM795 juta diperuntukan bagi membiaya empat projek insfrastruktur asas

    Sebanyak RM795 juta diperuntukan bagi membiaya empat projek insfrastruktur asas

    KUCHING, 02 DISEMBER 2022 (SNN): Sebanyak RM795.711 juta yang diperuntukan untuk Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan dalam Bajet Negeri 2023 akan dibelanjakan bagi membiayai kos empat projek rancangan pembangunan infrastruktur asas.

    Timbalan Premier Sarawak merangkap menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Amar Douglas Uggah berkata, empat rancangan pembangunan infrastruktur asas itu terbahagi kepada infrastruktur tanah sebanyak RM490.941 juta, infrastruktur sungai (RM83.860 juta), bangunan kerajaan (RM167.410 juta) dan bangunan awam (RM53.500 juta).

    “Bajet yang besar yang diumumkan itu membuktikan komitmen dan kesungguhan Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam usaha membangunkan Sarawak serta meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat.

    “Dalam pada itu, sebanyak lapan daripada 29 pakej menaik taraf jalan raya pesisir sedia ada telah siap, manakala 21 pakej selebihnya masih dalam pelbagai peringkat pelaksanaan dan dijangka siap pada 2024,” katanya semasa menggulung perbahasan bagi Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, semalam.

    Tambahnya, jalan raya pesisir yang siap itu ialah Jalan Kota Samarahan/Sadong Jaya sepanjang 15km, jalan Sungai Buloh/Engsengei (8.05km), jalan Sungai Bulohy’ Sebuayau (9.6km), jalan Triso/Melebu/Pusa Fasa 1 (8.4km), jalan Trison/Melebu/Pusa Fasa 2 (17.2km), jalan Triso/Melebu/Pusa Fasa 3 (9.1km), jalan Sungai Nyalau/Bakam bahagian pertama (8.1km) dan jalan Sungai Nyalau/Bakam bahagian kedua (27.2km).

    Mengenai rancangan Jalan Raya Utama Kedua, Unggah menjelas lanjut, enam daripada 14 pakej sudahpun ditenderkan iaitu projek jambatan Batang Saribas No.2, jambatan Batang Saribas ke simpangan Roban, Sebuyau-Lingga, jambatan Sungai Lingga, jambatan Batang Lupar no.2 dan jambatan Batang Lupar no.2 (Sri Aman ke simpang Betong).

    Beliau memberitahu dewan, setakat Oktober 2022, kemajuan keseluruhan projek Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak telahpun siap 89 peratus dengan tujuh daripada seksyennya telah dibuka kepada kenderaan awam.

    Seksyen selebihnya masih dalam pelbagai peringkat pembinaan dan dijangka siap 95% pada 2023 dan siap sepenuhnya pada 2024, jelasnya.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PETROSNiaga ambil langkah segera atasi isu gangguan bekalan LPG

    0
    KUCHING, 10 FEBRUARI 2025 (SNN): Berhubung insiden tanah runtuh hingga menjejaskan Terminal LPG PUSAKA Integrated Resources Sdn. Bhd. (PIRSB) baru-baru ini, PETROSNiaga telah mengambil...