KUCHING, 01 MEI 2024 (SNN): Kerajaan Sarawak telah mencapai kemajuan yang memberansangkan dalam misinya meningkatkan kesalinghubungan telekomunikasi merentasi kawasan bandar dan luar bandar.
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, berbanding pada akhir tahun 2023 sebanyak 4,217 menara dan struktur telekomunikasi berjaya dibina dan terkini telah meningkat kepada 4,447.
“Sebanyak 512 daripada 600 menara Telekomunikasi Luar Bandar Lembaga Multimedia Sarawak (SMART) telah siap dibina secara fizikal dan dari jumlah itu sebanyak 305 telahpun menyediakan Luar Bandar Sarawak Perkhidmatan Rangkaian Luar Bandar (MYSRBN).
“Manakala 764 daripada 878 menara Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang telah siap 313 darinya telah menawarkan perkhidmatan perkhidmatan 4G yang dilengkapi dengan teknologi ‘Multi-Operator Core Network (MOCN),” katanya dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Telekomunikasi Sarawak (TCCM) Siri 1/2024 pada Selasa.
Tambah beliau, MOCN merupakan seni bina rangkaian yang membolehkan berbilang pengendali rangkaian mudah alih (MNO) untuk berkongsi infrastruktur yang sama (Rangkaian Akses Radio) sambil mengekalkan perkhidmatan yang berasingan untuk syarikat telekomunikasi masing-masing.
Katanya, melalui teknologi tersebut pelanggan boleh menikmati akses kepada perkhidmatan mudah alih daripada semua pengendali utama seperti CelcomDigi, Maxis, U Mobile, YTL Komunikasi dan TM Tech di kawasan yang dilindungi.
“Pencapaian yang sangat positif ini menunjukkan hasil kejayaan kerjasama usaha Kerajaan Sarawak melalui program intervensinya selain dedikasi kerajaan negeri dalam merapatkan jurang digital antara kawasan bandar dan luar bandar,” katanya.
Selain itu, Dato Sri Julaihi menambah Kerajaan Sarawak juga telah meningkatkan peruntukan daripada rm1.89 bilion kepada lebih RM2 bilion untuk perbelanjaan modal bagi memastikan setiap wilayah Sarawak mengalami kelebihan perhubungan dipertingkatkan selain orang ramai mengambil bahagian dalam ekonomi digital.
Ujar beliau, Program Intervensi Kerajaan Sarawak ini amat jelas dan menampakkan kesungguhannya dalam memperluaskan liputan kemudahan telekomunikasi termasuklah liputan internet di seluruh negeri selaras dengan keperluan PCDS 2030 dan SDE 2030.
Turut hadir sama adalah Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (Telekomunikasi), Datuk Liwan Lagang, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian MUT; Syed Fauzi Sahab, GM Sarawak Multimedia Authority; Dato Dr Anderson Tiong, Pengarah MCMC Sarawak; Adiman Ajem, CEO SDEC; Sudarnoto Osman, Ketua dan semua pegawai bahagian Telekomunikasi MUT dan semua Kementerian, Ketua Jabatan/Pengurus Besar/Pengurus/Pegawai/Wakil yang berkaitan dari penyedia telekomunikasi.