More
    Home Sarawak Kuching SEB perkasa vendor tempatan yang mahu ambil bahagian dalam sektor tenaga boleh...

    SEB perkasa vendor tempatan yang mahu ambil bahagian dalam sektor tenaga boleh diperbaharui

    KUCHING, 01 JUN 2023 (SNN): Sarawak Energy Berhad (SEB) menerima pengiktirafan dalam usahanya memperkasakan vendor tempatan untuk mengambil bahagian dalam sektor tenaga boleh diperbaharui.

    Memetik laporan UKAS, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg memuji dan berterima kasih kepada SEB di atas usaha berterusan mereka mempromosikan persekitaran perniagaan yang mampan dan berdaya saing di Sarawak.

    “Saya gembira melihat trend berterusan peningkatan penyertaan kandungan tempatan dalam projek Sarawak Energy sepanjang tahun lalu.

    “Saya ingin memuji Sarawak Energy kerana memperkasakan vendor tempatan untuk mengambil bahagian dalam industri tenaga boleh diperbaharui, membenarkan mereka menyumbang kepada sasaran tenaga boleh diperbaharui di dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS 2030),” katanya semasa berucap merasmikan SEB Vendor Awards (SEVA) 2023 pada Selasa.

    YAB Premier Sarawak merakam gambar bersama barisan vendor yang menerima anugerah usahawan daripada SEB.-Foto Datuk Julaihi.

    Tambah Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari, beliau percaya tidak lama lagi SEB akan menjadi kuasa penjana utama dengan empat sumber tenaga boleh diperbaharui di Sarawak.

    “Dalam masa 10 tahun lagi, Sarawak akan mempunyai empat sumber tenaga yang boleh diperbaharui dan saya percaya SEB akan menjadi kuasa penjana utama,” tambahnya.

    Justeru, untuk memastikan penglibatan vendor yang kukuh dengan industri tenaga boleh diperbaharui berterusan, Kerajaan Sarawak katanya komited sepenuhnya untuk menyokong kerjasama awam dan swasta dalam tenaga boleh diperbaharui.

    Dalam majlis sama, turut berlangsung penyampaian anugerah untuk beberapa kategori seperti Vendor Karya Terbaik, Pembekal Terbaik, Pembekal Perkhidmatan Terbaik, Perunding Tempatan Terbaik, Perunding Antarabangsa Terbaik, Vendor Bumiputera Terbaik dan Vendor Bumiputera yang Berdaya Saing.

    Hadir sama Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak; Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi; Datuk Julaihi Narawi, Pemangku Setiausaha Kerajaan Sarawak; Datu Dr Muhammad Abdullah Zaidel, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak; Dato’ Idris Buang, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti); Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar; Dr Hazland Abg Hipni, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan II; Dr Ripin Lamat dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SEB; Datu Sharbini Suhaili.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Sarawak guna teknologi terkini fokus jana ekonomi berteraskan air

    0
    KUCHING, 23 OKTOBER 2024: Sarawak kini memberi tumpuan kepada pengurusan air yang mampan serta penggunaan teknologi terkini dalam usaha memperkukuhkan ekonomi berteraskan air. Premier Sarawak,...