More
    Home Sarawak Kuching SEB nafi longgokan sisa kayu balak berpunca dari Empangan Baleh

    SEB nafi longgokan sisa kayu balak berpunca dari Empangan Baleh

    KUCHING, 24 OGOS 2021 (SNN) : Sarawak Energy Berhad (SEB) dalam satu kenyataan semalam menafikan dakwaan longgokan sisa kayu balak di Sungai Batang Baleh berpunca daripada kerja-kerja pembersihan di tapak Empangan Hidroelektrik Baleh (HEP).

    SEB dalam kenyataan itu memaklumkan tiada pembukaan tanah utama yang berlaku di tapak projek dan kali terakhir ianya diselesaikan adalah pada tahun 2019 dengan pembuangan balak yang betul berpandukan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB).

    Kata kenyataan itu lagi, sisa-sisa longgokan kayu yang hanyut bukan dari tapak projek HEP kerana aktiviti pembersihan biomas di hulu empangan dijangka bermula pada tahun 2023.

    Terdahulu, Timbalan Ketua Menteri merangkap ADUN Baleh Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing menyatakan kekesalannya terhadap kesan fenomena longgokan sisa-sisa kayu balak terapung di sungai itu akibat daripada aktiviti pembalakan yang beroperasi di sepanjang sungai tersebut.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Semua Pelajar Sarawak di IPT seluruh Malaysia layak terima Bantuan Wang...

    0
    KUCHING, 23 NOVEMBER 2024: Kerajaan Sarawak tidak mengenakan sebarang pembayaran balik ke atas Bantuan Wang Saku yang diberikan kepada pelajar-pelajar dari negeri ini yang...