More
    Home Sarawak Kuching SDEC perkenal MySRBN Home Package dengan kadar bulanan yang lebih murah kepada...

    SDEC perkenal MySRBN Home Package dengan kadar bulanan yang lebih murah kepada pelanggan

    KUCHING, 01 JULAI 2024 (SNN): Dalam usaha memastikan setiap rakyat menikmati jaringan telekomunikasi yang lebih baik Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi serta agensi Sarawak Digital Economy Development (SDEC) komited meningkatkan mutu perkhidmatan penyediaan jaringan telekomunikasi kepada orang awam.

    Menterinya Dato Sri Julaihi Narawi berkata, SDEC kini dalam usaha menambah baik perkhidmatan penyediaan jaringan telekomunikasi mereka terutama perkhidmatan MySRBN untuk kesemua pelanggan yang berdaftar.

    Katanya, melalui inisiatif berkenaan pihak SDEC telah memperkenalkan MySRBN Home Package yang telah dipramuat dengan 300MB data setiap bulan bagi pelanggan yang berdaftar dengan SDEC.

    “Sebanyak 300MB data akan disediakan untuk keperluan komunikasi asas kepada pelanggan seperti voice call ataupun whatsapp chat dan ianya adalah mencukupi.

    “Sekiranya pelanggan berdaftar memerlukan data lebih daripada yang diberikan secara percuma itu, mereka juga boleh mendapatkan kad sim prabayar@ prepaid sim card sebanyak 200GB dengan bayaran RM5.00 seminggu atau RM20.00 sebulan untuk data 1TB dan pakej ini akan berkuatkuasa pada 7 Julai depan,” katanya.

    Beliau berkata sedemikian ketika merasmikan ‘Launching Ceremony Of Sarawak Digital & Connectivity Day’ anjuran SDEC di Kuching Waterfront pada Ahad.

    Dato Sri Julaihi (tengah) menunjukkan pakej tambahan yang bakal disediakan oleh pihak SDEC

    Mengulas lanjut, Julaihi yang juga ADUN Sebuyau itu memberitahu, tawaran yang disediakan oleh SDEC ini sudah pasti jauh lebih murah berbanding bayaran yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan lain di pasaran dengan data yang sama.

    Jelas beliau, pakej percuma dan data tambahan yang lebih murah ini adalah salah satu usaha Kerajaan Sarawak untuk menyedia, membantu dan memudahkan penyediaan connectivity internet di kawasan luar bandar Sarawak.

    Untuk rekod, MySRBN yang dilancar secara percubaan sejak bulan Mac 2021 adalah percuma dengan pemberian router dan antena sebelum pembaharuan sebelum ini.

    Turut hadir sama ialah Pengerusi SDEC; Tan Sri Mohd Morshidi Gani, Setiausaha Tetap MUT; Jafri Lias, CEO SDEC; Sudarnoto Osman dan GM SMA; Dato Dr Anderson Tiong.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kedudukan Sarawak melalui syarikat PETROS sebagai rakan kongsi PETRONAS adalah jelas

    0
    KUCHING, 02 JULAI 2024: Kedudukan Sarawak melalui Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) adalah jelas sebagai rakan kongsi kepada syarikat minyak dan gas multinasional Malaysia, Petroliam...