More
    Home Malaysia SDEC dan GDIN meterai kerjasama dalam sektor tranformasi digital dan inovasi

    SDEC dan GDIN meterai kerjasama dalam sektor tranformasi digital dan inovasi

    KUCHING, 23 NOVEMBER 2023: Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) memeterai Perjanjian Perkongsian Strategik bersama Global Digital Innovation Network (GDIN), Korea Selatan untuk menggalakkan kerjasama antarabangsa antara kedua-dua pihak dalam transformasi digital dan inovasi.

    Perjanjian yersebut telah ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SDEC Ir Ts Sudarnoto Osman dan CEO GDIN Jongkap Kim di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada Rabu manakala sesi pemeteraian perjanjian tersebut disaksikan oleh Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi secara dalam talian.

    Menerusi perjanjian itu, kedua-dua pihak akan membantu dalam memacu pengembangan pasaran global syarikat teknologi digital dari Sarawak dan Korea Selatan serta meningkatkan pertukaran bakat berkemahiran dan usahawan berpotensi tinggi.

    Menurut Sudarnoto, ini sejajar dengan aspirasi kerajaan Sarawak untuk mengubah negeri ini menjadi kuasa moden yang berpendapatan tinggi.

    “Dengan memanfaatkan idea, pengetahuan teknikal dan wawasan negara maju seperti Korea Selatan, Sarawak lebih bersedia untuk mempercepatkan penggunaan teknologi digital dalam sektor awam dan swasta serta dalam kalangan syarikat permulaan, komuniti perniagaan dan industri,” jelasnya dalam satu kenyataan media pada Rabu.

    Turut hadir ialah Pengerusi SDEC; Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Isu hakisan tanah yang serius di Kpg Melango jejas keselamatan penghuni...

    0
    KUCHING, 16 NOVEMBER 2024: Kerajaan digesa mempertimbang dan mengambil berat isu hakisan tanah yang teruk di Kampung Melango, Saratok yang meliabtkan lebih 47 rumah...