More
    Home Malaysia Saraya Arbi wanita Melayu kelahiran negeri Sarawak dilantik sebagai Ketua Setiausaha baharu...

    Saraya Arbi wanita Melayu kelahiran negeri Sarawak dilantik sebagai Ketua Setiausaha baharu MOTAC

    PUTRAJAYA, 02 JUN 2022 (SNN): Datuk Hajah Saraya Binti Arbi anak Melayu kelahiran Bumi Kenyalang telah dilantik sebagai Ketua Setiausaha baharu Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) berkuatkuasa 01 Jun 2022.

    Pelantikan itu telah dimaklumkan sendiri oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan rasmi Pejabat Setiausaha Negara baru-baru ini.

    Zuki berkata pelantikan Saraya sebagai ketua setiausaha adalah berdasarkan kelayakan, kualiti kepimpinan dan pengalaman luasnya semasa memegang beberapa jawatan dalam pelbagai bidang.

    Saraya telah berkhidmat dalam sumber manusia dan perancangan dasar dan strategik, terutamanya di jabatan perkhidmatan awam dan Motac.

    Kenyataan rasmi Ketua Setiausaha Negara pada 01 Jun 2022.

    “Sebelum pelantikan baharu itu, Saraya, 59 tahun, merupakan timbalan ketua setiausaha kementerian itu.

    “Saya percaya dengan pengalaman, pengetahuan dan kredibiliti beliau, Saraya mampu menerajui sektor pelancongan dan kebudayaan Malaysia sebagai salah satu penyumbang utama kepada ekonomi negara,” kata Zuki dalam satu kenyataan.

    Jelasnya, Saraya yang memiliki ijazah sarjana dalam pentadbiran awam dari Universiti New York, telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 33 tahun, bermula sebagai pegawai tadbir dan diplomatik pada 1 Ogos 1989.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak akan melaksanakan Projek Rural High Speed Broadband di Sebuyau

    0
    SEBUYAU, 27 JANUARI 2025 (SNN): Seramai 122 orang kanak-kanak telah mengambil bahagian dalam program berkhatan beramai-ramai anjuran Parlimen 201 Batang Lupar dan N27 Sebuyau...