More
    Home Malaysia Sarawak yang dahulunya dikenali sebagai Santubong merupakan negeri Melayu kedua tertua di...

    Sarawak yang dahulunya dikenali sebagai Santubong merupakan negeri Melayu kedua tertua di dunia

    KUALA LUMPUR, 15 JULAI 2022 (SNN): Kemajuan dalam bidang penyelidikan hari ini berjaya membuktikan bahawa Sarawak yang dahulunya dikenali sebagai Santubong merupakan negeri Melayu kedua tertua di dunia.

    Memetik laporan BERNAMA, Pakar Sejarah Sarawak, Datu Dr Sanib Said berkata, kemajuan itu juga membuktikan bahawa Santubong telah wujud kira-kira 300 tahun sebelum Masihi manakala negeri Melayu tertua iaitu Kedah pula wujud 500 tahun sebelum Masihi.

    “Sejarah yang lama penting untuk menjadikan sejarah kita lebih relevan. Jadi kalau dalam konteks sejarah ini, yang lebih tua lebih bagus,” katanya selepas program Wacana Manuskrip Melayu bertajuk Manuskrip Melayu-Jawi di Sarawak: Menobatkan Santubong Sebagai Negeri Melayu Kedua Tertua Dunia Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).

    PNM dalam satu kenyataan memaklumkan, program itu bertujuan mempromosi naskhah manuskrip Melayu yang tersimpan dalam koleksi PNM sekali gus mendedahkan kepentingan ilmu yang terakam dalam manuskrip itu serta memperlihat pengaruh serta asimilasi budaya dan citra kepada masyarakat.

    Sanib pula berharap Santubong dapat disenaraikan dalam Tapak Warisan Dunia dan menjadi pusat pelancongan yang baharu bagi Sarawak.

    “Santubong itu besar dan dekat dengan Kuching, jadi senang sebab bahan-bahan (arkeologi) yang ada di situ pun hebat seperti tahi besi dan berhala,” katanya.

    Beliau berkata pihak berkaitan perlu mencari jalan untuk mendedahkan bidang sejarah dan tugasan berkaitan manuskrip kepada mahasiswa bagi menanam minat seterusnya meneruskan perjuangan penyelidikan sejarah.-BERNAMA.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak akan menubuhkan Yayasan Wakaf Sarawak dalam memperkukuh ekonomi Islam...

    0
    KUCHING, 30 JANUARI 2025: Penubuhan Yayasan Wakaf Sarawak adalah salah satu inisiatif utama kerajaan Sarawak dalam memanfaatkan konsep wakaf untuk pembangunan masyarakat Islam dan...