More
    Home Sarawak Kuching Sarawak rekod jumlah dagangan sebanyak RM193.4 biliom merangkumi nilai eksport dan import

    Sarawak rekod jumlah dagangan sebanyak RM193.4 biliom merangkumi nilai eksport dan import

    KUCHING, 19 OGOS 2024: Sarawak merekodkan jumlah perdagangan RM193.4 bilion pada 2023 merangkumi RM130.8 bilion eksport dan RM62.6 bilion import.

    Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, produk dagangan utama Sarawak adalah bahan api mineral, minyak sawit serta produk elektrikal dan elektronik.

    “Eksport utama Sarawak pada 2023 adalah perlombongan berjumlah RM76.9 bilion, pembuatan RM35.8 bilion dan pertanian RM17.4 bilion.

    “Penyumbang utama lain termasuklah gas asli cecair, logam, kayu, produk berasaskan minyak sawit dan sebagainya,” katanya semasa majlis pelancaran Hari Eksport Sarawak di Hotel Imperial pada Isnin anjuran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dengan kerjasama kerajaan Sarawak.

    Tambah Awang Tengah lagi, keseluruhannya sektor import-eksport Sarawak adalah bahagian penting dalam ekonomi negeri dengan potensi signifikan dan untuk menjayakan potensi ini adalah penting untuk kita memahami dan mematuhi permintaan spesifik pasaran, keperluan dan pensijilan, termasuk peraturan ketat.

    Mengulas mengenai program tersebut, Awang Tengah berkata, ia bertujuan menyediakan maklumat dan panduan kepada para usahawan mengenai tatacara eksport.

    Katanya, pasaran Sarawak adalah kecil dan aktiviti eksport dan perdagangan adalah penting untuk pertumbuhan Sarawak.

    MATRADE katanya, merancang untuk mengadakan Hari Eksport di enam negeri tahun ini di Melaka, Pulau Pinang, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur dan Perak.

    Sementara itu, ini adalah kali ketiga Hari Eksport diadakan di Sarawak selepas 2016 dan 2018, kata Ahli Lembaga MATRADE Dato Mohammad Medan Abdullah.

    Pada majlis itu juga, Awang Tengah turut menyampaikan sijil penghargaan kepada dua pengeksport Sarawak yang berjaya di bawah program MATRADE iaitu Kit Hin Company Sdn Bhd dan Kim Hin Industry Berhad.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan lapangan terbang baharu di Kuching akan menjadi nilai tambah daya...

    0
    KUCHING, 25 DISEMBER 2024: Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan...