More
    Home Sarawak Kuching Sarawak mempunyai potensi besar dijadikan sebagai hub industri areoangkasa negara

    Sarawak mempunyai potensi besar dijadikan sebagai hub industri areoangkasa negara

    KUCHING, 30 JULAI 2024: Kerajaan Persekutuan bercadang untuk menjadikan Sarawak sebagai hab kepada industri aeroangkasa negara.

    Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Senator Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, Sarawak mempunyai potensi yang besar dalam industri tersebut terutamanya dalam komitmen melahirkan tenaga mahir dalam bidang tersebut.

    “Sarawak sebelum ini telah buat pengumuman untuk menghasilkan bakat-bakat di universiti-universiti di Sarawak yang memberi fokus kepada industri aeroangkasa.

    “Jadi kita berpendapat dari segi bakat itu akan ada dan dari segi geografi Sarawak berdekatan dengan Nusantara (Ibu Kota Indonesia), Korea, Jepun dan Australia,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa bersama Penyelarasan Industri (JBI) Sarawak pada Isnin.

    Senator Datuk Seri Zafrul dan Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah merakam gambar selepas mesyuarat JBI-foto UKAS

    Senator Datuk Seri Zafrul turut menambah, cadangan membangunkan sebuah lapangan terbang antarabangsa baharu di Kuching serta penubuhan syarikat penerbangan milik Sarawak turut dilihat dapat membantu pembangunan industri aeroangkasa di Bumi Kenyalang.

    Katanya kementeriannya melalui Perbadanan Industri Aeroangkasa Negara Malaysia (Naico Malaysia) juga akan bekerjasama dengan Sarawak dalam mencapai agenda pembangunan industri itu.

    “Kita juga melihat industri aeroangkasa akan dapat membuka peluang dalam industri penyenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) serta dari segi sektor pembuatan kerana aerospace ini memerlukan syarikat untuk terlibat dalam sektor pembuatan,” ujarnya.

    Mesyuarat itu turut dihadiri Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan negeri; Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat; Dato Sri Roland Sagah Wee Inn, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, lndustri dan Pelaburan Sarawak; Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar; Datuk Dr. Hazland Abg Hipni serta dif-dif kehormat yang lain-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan lapangan terbang baharu di Kuching akan menjadi nilai tambah daya...

    0
    KUCHING, 25 DISEMBER 2024: Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan...