More
    Home Sarawak Kuching Sarawak Manfaatkan Peluang Percepat Penubuhan Grid Kuasa ASEAN

    Sarawak Manfaatkan Peluang Percepat Penubuhan Grid Kuasa ASEAN

    SINGAPURA, 22 OKTOBER 2024: Sarawak akan memanfaatkan kepengerusian Malaysia dalam ASEAN pada tahun hadapan untuk mempercepatkan penubuhan Grid Kuasa ASEAN.

    Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg memberitahu, perbincangan antara Sarawak, Singapura dan Indonesia mengenai grid tenaga masih berjalan.

    Menurutnya lagi, Malaysia selaku pengerusi ASEAN akan memanfaatkan peluang ini untuk meneruskan perbincangan yang lebih serius dan mempercepatkan penubuhan Grid Kuasa ASEAN.

    “Ini perlu menjadi keputusan bersama di kalangan negara-negara ASEAN, dan kami hanya bertindak sebagai pembekal kuasa. Saya yakin ia akan dimuktamadkan tidak lama lagi.

    “Dan tahun depan, Malaysia sebagai pengerusi ASEAN akan memulakan perbincangan lanjut mengenai perkara ini,” ujarnya dalam sidang media selepas menghadiri Minggu Tenaga Antarabangsa Singapura (SIEW) pada Isnin.

    YAB Premier Sarawak tiba di Minggu Tenaga Antarabangsa Singapura diiringi Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak.-UKAS

    Datuk Patinggi Abang Zohari juga memaklumkan bahawa infrastruktur projek Grid Kuasa ASEAN mampu dilaksanakan pada tahun 2030.

    “Kami menetapkan sasaran untuk infrastruktur tersedia menjelang 2030 kerana memasang kabel dasar laut memerlukan sekurang-kurangnya tiga tahun.

    “Satu lagi projek ialah ke arah Semenanjung Malaysia, yang akan meningkatkan kemampuan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk membekalkan tenaga boleh diperbaharui,” katanya.

    Hadir sama, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak; Dato Sri Julaihi Narawi, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar; Datuk Dr. Hazland Abg Hipni dan Setiausaha Kerajaan Sarawak; Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak akan melaksanakan Projek Rural High Speed Broadband di Sebuyau

    0
    SEBUYAU, 27 JANUARI 2025 (SNN): Seramai 122 orang kanak-kanak telah mengambil bahagian dalam program berkhatan beramai-ramai anjuran Parlimen 201 Batang Lupar dan N27 Sebuyau...