BINTULU, 23 OGOS 2022 (SNN): Kerajaan Sarawak percaya negeri ini akan menjadi pemain utama dalam penghasilan tenaga hijau di dunia pada masa hadapan.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari berkata, perkara ini hanya akan dapat dicapai sekiranya Sarawak mempunyai sumber manusia yang berkemahiran.
“Mengambil contoh, negara jiran kita (tanpa perlu menyebut nama negara tersebut) mereka mempunyai teknologi tetapi tidak mempunyai tenaga dan ruang. Manakala, kita (Sarawak) mempunyai tenaga dan juga ruang.
“Situasi ini membolehkan kita boleh memberi latihan kepada rakyat tempatan untuk terlibat sama dalam penghasilan tenaga hijau ini. Malah, penglibatan masyarakat tempatan dalam bidang teknologi tinggi ini juga merupakan suatu industri yang strategik untuk kemajuan Sarawak pada masa depan,” katanya.
Beliau berkata sedemikian ketika berucap merasmikan Majlis Penghantaran dan Pemasangan Tapak Modul Petchem Sarawak di Loji Metanol Petchem Sarawak, Tanjung Kidurong Bintulu di sini pada Isnin.
Dalam pada itu, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari juga memberitahu Sarawak turut memberi fokus kepada penghasilan ‘Tenaga Biru’ sebagai suatu tenaga baharu selain Tenaga Hijau.
“‘Tenaga Biru’, kita boleh menggunakan hidrogen daripada ammonia selain air. Apabila anda memisahkan air, hidrogen dan oksigen, ia akan menghasilkan hidrogen dan air menjadi hijau untuk Sarawak.
“Kami adalah sebahagian daripada sumber yang boleh diperbaharui untuk mengurangkan pelepasan karbon. Dan, jika kita boleh mencapainya Sarawak boleh menjadi pemain utama dalam menghasilkan tenaga hijau,” ujar beliau lagi.
Beliau turut memberi jaminan bahawa sekiranya masa depan Sarawak cerah sekiranya Loji Metanol Petchem Sarawak siap dan percaya serta memberi tiga rating, Sarawak akan membina Loji Metanol kedua yang padanya akan memberi pulangan yang baik juga kepada perbankan.
Sementara itu, dalam sidang media pada majlis yang sama, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari sekali lagi menekan bahawa pentingnya masyarakat tempatan Sarawak untuk terlibat dalam industri ini.
Tegas beliau, ini adalah aspirasi untuk membina dan memajukan Sarawak mengikut acuan sendiri demi ekonomi yang maju dan mampan.
“Apa yang penting ialah kita berjaya melatih orang tempatan kita dalam proses penghasilan teknologi metanol ini sebagai orang Sarawak. Dan, ini akan menjadi aspirasi kita untuk mewujudkan hab mekanikal petrol di Sarawak khususnya di wilayah Bintulu.
“Beberapa lagi penemuan gas baharu yang sangat penting untuk kita jadikan sebagai aktiviti hilirin berdasarkan persetujuan bersama. Sudah tentu kami akan membekalkan gas LNG yang boleh memberi manfaat kepada masa depan yang lebih cerah,” jelasnya.-UKAS.