More
    Home Sarawak Kuching Sarawak Main Peranan Utama Majukan Peralihan Tenaga Serantau

    Sarawak Main Peranan Utama Majukan Peralihan Tenaga Serantau

    KUCHING, 07 SEPTEMBER 2023: Sarawak memainkan peranan penting dalam memajukan peralihan tenaga serantau dengan berkongsi sumber berasaskan kuasa hidro negeri ini dengan jiran serantau melalui hubungan yang terjalin.

    Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, penglibatan aktif Sarawak dalam pelbagai usaha untuk mengubah landskap penggunaan tenaga di negeri ini dapat dilihat melalui anjakan ketara pada hari ini.

    Menurut beliau lagi, Sarawak telah mencapai kemajuan besar dalam mencipta dan membangunkan bandar dan komuniti yang mampan di negeri ini.

    “Generasi kita telah beralih daripada penggunaan bahan api fosil kepada kuasa hidro yang boleh diperbaharui,” ujarnya semasa berucap dalam Majlis Perasmian Forum Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak 3.0 (SAREF 3.0) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Rabu.

    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi menyambut ketibaan YAB Premier Sarawak-Foto FB Datuk Julaihi

    Tambah Abang Johari lagi, pada tahun 2021 kerajaan negeri telah menandatangani perjanjian pertukaran kuasa dan interkoneksi dengan Sabah yang melibatkan eksport awal 30 mega watt hingga 50 mega watt dalam tempoh 15 tahun di samping sedang berusaha dalam perjanjian pertukaran kuasa dengan Brunei untuk eksport elektrik.

    “Seiring dengan kemajuan teknologi, kita akan melihat bagaimana kita boleh menjadikan sumber tenaga lain seperti angin dan biojisim sebagai sumber tenaga arus perdana di Sarawak,” jelasnya lagi.

    Dalam hal ini, Sarawak katanya sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan negara, organisasi atau entiti yang berhaluan sama terhadap kelestarian masa depan tenaga di rantau ini dan dunia.

    Malah beliau percaya, Sarawak mampu menjadi ‘bateri’ Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) dalam membantu menghubungkan grid kuasa di seluruh rantau ini.

    Hadir sama Timbalan Premier Sarawak; Dato Sri Profesor Dr Sim Kui Hian, Menteri Pengangkutan Sarawak; Dato Sri Lee Kim Shin, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak; Datuk Julaihi Narawi, Timbalan Menteri Ekonomi Malaysia; Dato Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar; Dr Hazland Abang Hipni, Pengerusi Sarawak Energy; Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sarawak Energy; Datu Sharbini Suhaili.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Wartawan di wilayah Sarawak di cadangkan mengikuti latihan profesional kewartawanan

    0
    KUCHING, 07 JANUARI 2025: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) dicadangkan untuk menyertai Institut Akhbar Malaysia (MPI) sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan profesionalisme wartawan...