More
    Home Malaysia Sarawak kini di landasan tepat dalam peralihan tenaga boleh diperbaharui

    Sarawak kini di landasan tepat dalam peralihan tenaga boleh diperbaharui

    BALI, 01 NOVEMBER 2023: Sarawak berada di barisan yang tepat dalam peralihan tenaga dengan memanfaatkan sumber tenaga boleh diperbaharui seperti air, solar dan angin selaras dengan usaha menjana pertumbuhan mampan dan sifar bersih ysng mendahului negara-negara di Asia.

    Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, penjanaan tenaga hidro yang mampan adalah asas penting untuk pembangunan Sarawak melalui penyediaan tenaga yang bersih, hijau, moden dan mampu milik.

    Menurutnya, kajian yang dilakukan juga menunjukkan bahawa Sarawak mempunyai kapasiti menjana sekurang-kurangnya 8,000 megawatt (MW) tenaga elektrik.

    “Ketika kini Sarawak mampu menjana 3452MW tenaga elektrik menerusi tiga empangan hidroelektrik.

    “Pembangunan kuasa hidro bermakna Sarawak hampir sepenuhnya dijana elektrik, daripada hanya 79 peratus pada 2009 dan intensiti pelepasan karbon grid kuasa kita telah menurun sebanyak 73 peratus dari 2010 hingga 2021,” katanya semasa menyampaikan ucaptama semasa Kongres Tenaga Hidro Dunia 2023 yang disempurnakan oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo di Bali Nusa Dua Convention Center pada petang Selasa.

    Premier Sarawak turut menambah, Sarawak juga mempunyai keupayaan untuk menawarkan tarif kuasa tanpa subsidi yang paling kompetitif di Asia Tenggara sekaligus menarik negara luar berani membuat pelaburan yang besar di Sarawak.

    Jelas beliau, Sarawak juga memulakan pengeluaran ammonia hijau, metanol hijau, dan hidrogen hijau yang dijadualkan untuk pengeluaran komersial menjelang 2028.

    “Ini adalah melalui dua usaha niaga berasingan dengan pelabur Jepun dan Korea dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC).

    “Ini juga menunjukkan komitmen kerajaan Sarawak untuk mengurangkan pelepasan karbon, menerima penyelesaian tenaga bersih, dan mendorong Sarawak ke era yang lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar,” jelasnya lagi.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Muhammad Nazmi, Guru dari Sarawak Tersenarai 10 Finalis Anugerah Guru Global...

    0
    KUCHING, 31 JANUARI 2025 (SNN): Terkenal dengan pendekatan pengajaran dalam bilik darjah yang inovatif dan pelbagai inisiatif pacu pembangunan komuniti, seorang pendidik dari Sarawak,...