More
    Home Sarawak Kuching Sarawak guna teknologi terkini fokus jana ekonomi berteraskan air

    Sarawak guna teknologi terkini fokus jana ekonomi berteraskan air

    KUCHING, 23 OKTOBER 2024: Sarawak kini memberi tumpuan kepada pengurusan air yang mampan serta penggunaan teknologi terkini dalam usaha memperkukuhkan ekonomi berteraskan air.

    Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata bahawa pengurusan sumber air yang bijaksana adalah kunci kepada pembangunan negeri, khususnya dalam memastikan bekalan air bersih kepada seluruh rakyat, termasuk kawasan luar bandar.

    Tambah beliau, pengurusan air yang efisien boleh membuka peluang kepada pembangunan sumber tenaga hidroelektrik yang lebih besar.

    “Air ada dua, satu adalah fresh water, yang kedua adalah waste water. Air adalah komoditi berharga. Di tempat lain mungkin mereka menghadapi masalah dengan air, tetapi kita ada air, cuma kadang-kadang kita boros dengan penggunaannya.

    “Sebab itu, dari aspek pengurusan, kita hendak mengenal pasti beberapa teknologi terkini. Salah satunya, air fresh itu boleh kita gunakan untuk makan dan minum. Jika bekalan air ini besar, sudah tentu ia juga boleh membekalkan hidroelektrik,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Pameran dan Persidangan Air dan Air Buangan Antarabangsa Borneo (BIWWEC) 2024 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Rabu.

    YAB Premier Sarawak ketika sidang media selepas merasmikan BIWWEC 2024-UKAS

    Dalam pada itu, Premier Sarawak turut menekankan pentingnya kitar semula air buangan sebagai sebahagian daripada strategi pengurusan sumber air.

    Menurut beliau, air buangan yang dirawat boleh digunakan semula untuk pelbagai keperluan, termasuk dalam sektor pertanian dan industri, menjadikan ekonomi air sebagai kitaran yang mampan.

    Beliau turut menyatakan minat terhadap teknologi terbaru yang dapat membersihkan air buangan dan menggunakan residu yang terkumpul seperti mikrosom, sebagai penyimpan karbon serta baja untuk memperkayakan tanah.

    “Ini bermakna kita dapat menjadikan air buangan sebagai komoditi ekonomi yang penting, bukan sahaja untuk pertanian tetapi juga untuk menyimpan karbon, sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG),” tambahnya.

    Turut hadir sama Timbalan Premier Sarawak; Datuk Amar Profesor Dr. Sim Kui Hian; Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak; Dato Sri Julaihi Narawi; Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar; Datuk Dr. Hazland Abg Hipni; dan Pengerusi BIWWEC 2024; Ir. Rodziah Mohamad-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak akan melaksanakan Projek Rural High Speed Broadband di Sebuyau

    0
    SEBUYAU, 27 JANUARI 2025 (SNN): Seramai 122 orang kanak-kanak telah mengambil bahagian dalam program berkhatan beramai-ramai anjuran Parlimen 201 Batang Lupar dan N27 Sebuyau...