More
    Home Sarawak Bintulu Sarawak catat nilai eksport metanol sebanyak 20,000 tan metrik ke pasaran dunia

    Sarawak catat nilai eksport metanol sebanyak 20,000 tan metrik ke pasaran dunia

    BINTULU, 15 JANUARI 2025: Negeri Sarawak sekali lagi mencatat kejayaan sulung apabila berjaya mengeksport 20,000 tan metrik metanol dari Kompleks Metanol Sarawak Petchem ke Taicang, China.

    Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari yang menyaksikan penghantaran sulung kapal kargo itu menyifatkan kejayaan Sarawak ini sebagai langkah penting dalam mengukuhkan kedudukan Sarawak sebagai hab utama dalam pasaran metanol antarabangsa.

    Katanya, kejayaan Sarawak Petchem dalam menghasilkan metanol disifatkan satu pencapaian yang positif untuk Sarawak setelah melihat sendiri Sarawak berjaya mengeksport 20,000 tan metrik metanol ke China menggunakan dua buah kapal kargo yang masing-masing membawa 10,000 tan metrik.

    Premier Sarawak menyempurnakan upacara melepaskan kapal kargo pada Majlis ‘Sail Away of Sarawak Petchem’s Methanol Export Cargo’-UKAS

    “Ini adalah bukti komitmen kita (Sarawak) untuk mengoptimumkan sumber gas asli yang melimpah bagi merangsang pertumbuhan ekonomi serta membuka peluang pekerjaan kepada anak tempatan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Sarawak Eksport Metanol PETCHEM di Kompleks Metanol Sarawk Petchem, di Bintulu, pada Selasa.

    Beliau menjelas lebih lanjut walaupun Sarawak pada awalnya menghadapi beberapa kesukaran untuk membangunkan Sarawak Petchem namun pihaknya berjaya menyelesaikan isu berkenaan.

    Tegas beliau juga, langkah ini nantinya sudah pasti akan meningkatkan daya saing Sarawak di peringkat global selain membuka laluan inisiatif tenaga hijau yang lebih mesra alam.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak teruskan usaha memperkasa bekalan elektrik di kawasan luar bandar

    0
    DARO, 22 FEBRUARI 2025 (SNN): Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan YAB Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg komited menyediakan kemudahan bekalan...