More
    Home Sarawak Kuching Sarawak akan terus pertahankan hak seperti termaktub dalam MA63

    Sarawak akan terus pertahankan hak seperti termaktub dalam MA63

    KUCHING, 17 FEBRUARI 2025: Sebagai parti yang sentiasa memperjuangkan hak Sarawak, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak mesti sentiasa bersatu mempertahankan empat perkara utama yang tidak boleh sama sekali dikompromi.

    Timbalan Premier Sarawak merangkap Timbalan Yang di-Pertua PBB Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, hak tersebut adalah kuasa autonomi dan hak imigresen negeri, hak negeri untuk menguatkuasakan cukai, perlindungan hak negeri termasuk pelantar benua serta kedaulatan negeri terhadap sumber asli di dasar laut dan bawah tanah.

    ”Perlindungan dan kedaulatan ini adalah hak-hak yang dijamin dan termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, maka tiada mana-mana pihak yang boleh mempersoalkan dan melanggar hak-hak ini,” katanya.

    Beliau berkata demikian semasa hari terakhir Perhimpunan Agung Ke-16 Parti PBB yang disempurnakan oleh Premier Sarawak yang juga Yang di-Pertua PBB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), pada Ahad.

    Sekitar Majlis Perhimpunan Agung PBB ke-16 yang berlangsung di BCCK semalam-foto UKAS

    Datuk Amar Awang Tengah menambah, ini merupakan perjuangan yang telah dipelopori oleh pemimpin-pemimpin Sarawak yang terdahulu seperti mendiang Tun Jugah.

    ”Mendiang Tun Jugah pernah mengingatkan kita, ‘Anang Malaysia Baka Tebu, Manis Ba Pun, Tabar Ba Ujung’. Inilah yang kita akan terus perjuangkan. Tanpa Perjanjian Malaysia (MA63), tiadalah Malaysia,” jelasnya lanjut.

    Dalam pada itu, Datuk Amar Awang Tengah turut menyatakan Kerajaan Sarawak masih lagi berunding bagi hak-hak yang lain.

    Ujarnya, antara yang menjadi perjuangan adalah autonomi pendidikan dan kesihatan, cadangan penubuhan Dana Amanah bagi mempercepatkan pelaksanaan projek pembangunan di Sarawak serta tuntutan penambahan kerusi Parlimen untuk Sarawak dan Sabah.

    ”Perjuangan kita masih belum selesai. Beberapa perkara masih dalam rundingan dan perlu terus diperjuangkan,” tegasnya-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    TBS perkenal kaedah pembayaran zakat fitrah melalui kod QR

    0
    KUCHING, 20 FEBRUARI 2025:Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) memperkenalkan kaedah baharu pembayaran Zakat Fitrah melalui Kod QR sebagai alternatif kepada pembayaran tunai. Inisiatif tersebut dijalankan dengan...