More
    Home Sarawak Kuching Sarawak akan memperkenalkan Program Grid Bekalan Air & Command Centre bagi menyelesaikan...

    Sarawak akan memperkenalkan Program Grid Bekalan Air & Command Centre bagi menyelesaikan isu bekalan air dengan lebih efektif

    KUCHING, 26 JANUARI 2022 (SNN) : Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) melalui Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (MUT) di bawah Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) akan memperkenalkan serta melaksanakan “Program Grid Bekalan Air Sarawak” bagi menyelesaikan isu dan masalah bekalan air secara berkesan menjelang tahun 2025.

    Menterinya Datuk Julaihi Narawi dalam ucapan beliau berkata, Program Grid (Sarawak Water Supply Grid Programme) itu kelak akan memberi fokus utama kepada kawasan-kawasan yang kritikal terutama kawasan luar bandar.

    “Selain itu, JBALB juga dalam perancangan untuk mewujudkan “command centre” yang mana ia akan menjadi platform kepada suatu sistem komunikasi yang lebih mudah, pantas, cekap dan efisen kepada para pengguna.

    “Inisiatif berkenaan merupakan platform fizikal dan virtual sehenti bagi pendigitalan bekalan air di JBALB termasuklah urusan komunikasi korporat dan khidmat pelanggan. Hal ini merupakan fasa pertama JBALB ke arah pendigitalan perkhidmatan sepenuhnya menjelang tahun 2025,” kata beliau semasa berucap dalam Majlis Makan Malam Persidangan Tahunan Jurutera Air Bahagian JBALB di salah sebuah hotel di Kching, semalam.

    Sekitar Majlis Makan Malam Persidangan Tahunan JBALB yang mana JBALB Kuching menjadi tuan rumah bagi tahun ini.

    Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau menambah, Command Centre yang diperkenalkan JBALB itu juga akan memastikan pemantauan aspek-aspek dalam pengurusan bekalan air dapat dipermudahkan melalui penggunaan teknologi pendigitalan terkini.

    Turut hadir sama, Menteri Muda Utiliti dan Komunikasi Sarawak ; Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Setiausaha Tetap Kementerian MUT ; Dato Ir Alice Jawan dan Pengarah JBALB ; Ir Chang Kuet Shiang.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pendidikan Awal Kanak-Kanak penting lahirkan generasi berkualiti pada masa akan datang

    0
    LIMBANG, 06 JANUARI 2025: Hari Apresiasi Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) dan Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) memainkan peranan penting dalam memperkasakan...