More
    Home Sarawak Samarahan Sanggup jadi pengedar dadah untuk langsai hutang Ah Long

    Sanggup jadi pengedar dadah untuk langsai hutang Ah Long

    KOTA SAMARAHAN, 27 MAC 2021 (SNN) : Seorang lelaki warga Sabah berdepan hukuman jika disabitkan kesalahan selepas ditahan pihak polis diatas kesalahan memiliki dan mengedar dadah di negeri ini atas alasan untuk membayar hutan kepada peminjam wang tidak berlesen (Ah Long).

    Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datul Aidil Ismail berkata, tangkapan yang dibuat keatas suspek berjaya merampas dadah jenis syabu dengan anggaran berat sebanyak 23.879 Kilogram dengan nilai rampasan RM955,500 ribu.

    “Suspek yang berumur dalam lingkungan 31 tahun berasal dari Kota Kinabalu, Sabah telah ditahan semasa pasukan polis dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sarawak membuat pemantauan dan pemerhatian di kawasan Jalan Stutong, Kuching berhampiran dengan sebuah hospital swasta.

    “Siasatan awal pasukan kita mendapati suspek telah mengedar dadah di sekitar Kuching ini sejak Disember tahun lalu dengan alasannya untuk membayar hutang Ah Long sebanyak RM10 ribu,” katanya dalam satu kenyataan.

    Jelas beliau, kes ini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Merbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan suspek boleh dikenakan hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup atau hukuman sebatan yang tidak kurang daripada 15 sebatan.

    Terdahulu, pada Rabu PDRM berjaya menahan seorang lelaki yang disyaki dalam keadaan mencurigakan kerana disyaki menyembunyikan satu bungkusan plastik di dalam semak dan hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati bungkusan tersebut mengandungi plastik lut sinar dengan isi ketulan kristal dipercayai dadah jenis syabu dan dianggarkan seberat 145 gram. Susulan itu, pihak polis mengarahkan suspek ke tempat kediaman dan mendapati dadah seberat lebih 21 Kilogram di dalam rumah berkenaan.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Manfaatkan tanah NCR sebaik mungkin jangan dijual demi keuntungan sementara-Awang Tengah

    0
    BAU, 29 NOVEMBER 2024: Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak berjaya menyukat secara perimeter seluas lebih kurang 1,168,123 hektar (2.8 juta ekar) tanah Hak...