More
    Home Sarawak Kuching Sambutan Hari Malaysia amat bermakna buat bagi rakyat Sarawak-Datuk Julaihi Narawi

    Sambutan Hari Malaysia amat bermakna buat bagi rakyat Sarawak-Datuk Julaihi Narawi

    KUCHING, 18 SEPTEMBER 2021 (SNN) : Sambutan Hari Malaysia pada 16 September pada setiap tahun amat besar maknanya bagi rakyat Malaysia khususnya rakyat Sarawak.

    Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi berkata, hari tersebut menandakan tarikh sebenar warga Sarawak telah bersetuju secara rasminya untuk membentuk sebuah negara baharu yang dinamakan “MALAYSIA” 58 tahun yang lalu bersama-sama dengan Tanah Melayu, Singapura dan Sabah (NORTH BORNEO).

    Namun Singapura tidak bertahan lama kerana mengambil keputusan meninggalkan Persekutuan Malaysia pada tahun 1965.

    Tambah beliau, persetujuan ini adalah berdasarkan kepada perkara-perkara yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Lapan belas perkara yang terkandung dalam perjanjian MA63 memberi harapan menggunung kepada rakyat Sarawak yang baharu sahaja mendapat hak “pemerintahan sendiri” (self government) pada 22 Julai 1963 iaitu pada tahun yang sama.

    “Saya pasti rakyat Sarawak tidak bersetuju sekiranya tidak ada perkara-perkara yang memberi harapan menggunung kepada mereka untuk berbuat demikian. Namun begitu,keadaan ini boleh ditambahbaik dari semasa ke semasa demi untuk memperkukuhkan kedudukan negara MALAYSIA yang kita sama-sama sayangi.

    “Samada kita setuju atau tidak, tahap pembangunan di ketiga-tiga wilayah Malaya, Sarawak dan Sabah masih tidak seimbang dalam banyak segi. Kalau tidak, masakan selalu kedengaran suara dari Sarawak dan Sabah yang menyuarakan keperluan bajet tahunan yang mencukupi untuk tujuan pembangunan di kedua-dua wilayah Sarawak dan Sabah,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook miliknya baru-baru ini sempena Sambutan Hari Malaysia 16 September 2021.

    Beliau berpendapat sudah tiba masanya sambutan tarikh Pembentukan Negara Malaysia yang sebegini penting disambut secara besar-besaran dan bergilir-gilir menjadi tuan rumah di antara Sarawak, Sabah dan Malaya (giliran Malaya digilir antara negeri di Malaya). Pengiliran sebegini penting supaya setiap rakyat negara Malaysia tahu akan pentingnya pembentukan negara MALAYSIA 58 tahun yang lalu.

    Ujarnya lagi, mungkin ada pihak berpendapat sambutan hari kebangsaan pada setiap 31 Ogos sudah memadai untuk diraikan di seluruh negara. Walau apapun alasannya, sambutan kedua-dua tarikh penting ini wajar dilakukan untuk memupuk kesedaran rakyat tentang sejarah pembentukan negara Malaysia dan syarat-syarat yang dipersetujui bersama oleh para pemimpin terdahulu tanpa “ditapok” isi perjanjian tersebut. Ini penting supaya dapat difahami oleh generasi yang ada pada hari ini dan seterusnya dapat memupuk rasa kekitaan pada semua lapisan rakyat di seluruh negara, tidak terhad kepada Sarawak dan Sabah sahaja.

    “Sempena dengan sambutan Hari Malaysia tahun ini iaitu 16 September tahun ini, diharapkan kerajaan Pusat membuat langkah segera untuk membetulkan keadaan pembangunan yang tidak seimbang antara tiga wilayah ini. Jangan biarkan kerajaan Sarawak dan kerajaan Sabah “seakan-akan” bersendirian cuba memperhebatkan pembangunan di wilayah masing-masing mengguna bajet sendiri,” katanya lagi.

    Di Sarawak, misalnya pembinaan projek infra khususnya jalan pesisir dan jalan utama kedua yang merentasi kawasan luar bandar supaya lengkap dan sempurna perhubungannya mengguna sumber atau bajet Sarawak sendiri (sehingga kini). Walaupun kosnya tinggi tetapi Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di bawah pimpinan YAB Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengambil langkah berani untuk melaksanakan projek infra yang amat diperlukan oleh rakyat di kawasan luar bandar Sarawak.

    Sebab utama Kerajaan Sarawak berbuat demikian kerana rakyatnya lebih-lebih lagi di kawasan pesisir dan pedalaman sudah begitu lama menunggu jaringan jalan raya (termasuk pembinaan jambatan merentasi sungai) seperti yang dinikmati oleh para penduduk di Malaya.

    Sesungguhnya, jalan raya adalah di antara pemangkin kepada pembangunan dalam berbagai bidang di kawasan luar bandar yang seterusnya. Langkah berani dan proaktif Kerajaan GPS Sarawaj pimpinan YAB Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johati bertepatan sekali.

    Jelasnya, selaras dengan sambutan Hari Malaysia tahun ini, kita berharap bajet untuk tahun 2022 akan lebih menyebelahi Wilayah Sarawak dan Wilayah Sabah. Bajet yang adil untuk memenuhi tahap pembangunan di kedua-dua wilayah ini sudah pasti lebih menyemarakkan lagi sambutan Hari Malaysia pada tahun-tahun yang mendatang.Adalah penting untuk kita mempastikan sambutan Hari Malaysia pada masa yang akan datang membawa makna yang lebih besar kepada kita rakyat Malaysia yang merdeka.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Isu hakisan tanah yang serius di Kpg Melango jejas keselamatan penghuni...

    0
    KUCHING, 16 NOVEMBER 2024: Kerajaan digesa mempertimbang dan mengambil berat isu hakisan tanah yang teruk di Kampung Melango, Saratok yang meliabtkan lebih 47 rumah...