More
    Home Sarawak Limbang Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka Platform rakyat hayati sejarah negeri Sarawak

    Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka Platform rakyat hayati sejarah negeri Sarawak

    LAWAS, 29 MEI 2023 (SNN): Sambutan Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka merupakan platform untuk rakyat Sarawak menghayati sejarah dan pembangunan yang dikecapi di negeri ini semenjak kemerdekaannya pada tahun 1963.

    Memetik laporan Unit Kmunikasi Awam Sarawak (UKAS), Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, sambutan tersebut membolehkan rakyat memperingati sejarah Sarawak serta menterjemahkannya untuk terus membangunkan negeri ini demi kesejahteraan sejagat.

    “Dalam majlis sebegini, mahu atau tidak, kita harus melihat latar belakang kita. Tahun 1963 amat bermakna di mana para pemimpin kita ketika itu serta rakyat jelata telah membuat keputusan bersama rakannya untuk dicantumkan sebagai sebuah negara yang dikenali Persekutuan Malaysia.

    “Ia berteraskan kebebasan dan juga persetujuan yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) hasil daripada Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) sebagai landasan untuk kita merdeka.

    “Maka British telah mengundur. Oleh itu jajahannya telah tamat dan akhirnya tertubuhlah negara Malaysia pada tahun 1963,” katanya dalam Majlis Pelancaran Kembara Sarawak Merdeka bersempena dengan Sambutan Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka di Taman Awam Lawas pada pagi Ahad.

    Abang Johari turut memberitahu, selepas kemerdekaan Sarawak dan penubuhan Malaysia, pelbagai cabaran turut dihadapi termasuklah konfrontasi Indonesia-Malaysia serta isu pergerakan komunis.

    Jelasnya lanjut, hanya pada tahun 1970 Sarawak mulai mencapai keamanan dengan barisan pemimpin seterusnya bertekad untuk membangunkan negeri ini dari Ketua Menteri Pertama, Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan sehingga beliau sendiri pada masa kini.

    Premier Sarawak turut melancarkan Konvoi Kembara Sarawak Merdeka yang memulakan jelajahnya merentasi 12 bahagian seluruh Sarawak bermula dari Lawas di bahagian Limbang sehingga ke Bahagian Kuching.-Foto UKAS

    Dalam pada itu, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari menegaskan, masyarakat Sarawak harus menjaga perpaduan sedia ada.

    Katanya lagi, Dalam mengingati 60 tahun Sarawak merdeka, negeri ini mesti mempunyai arah yang baharu untuk melatih anak-anak muda bagi meneruskan usaha pembangunan ke arah 60 tahun akan datang.

    Dalam majlis itu juga, Premier Sarawak turut menyempurnakan prapelancaran Pameran Digital yang bertujuan untuk memberi maklumat kepada warga awam mengenai pelbagai inisiatif yang dirancang dan dilaksanakan oleh kerajaan Sarawak.

    Turut hadir sama Timbalan Premier Sarawak; Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak; Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak merangkap Menteri Bertanggungjawab Bagi Sambutan Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka; Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Setiausaha Kerajaan Sarawak; Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak; Datuk Julaihi Narawi, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia; Datuk Hasbi Habibollah, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak; Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, Perjanjian Malaysia 1963 dan Hubungan Negeri-Persekutuan); Datuk Syarifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Timbalan-Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak; Dato Gerald Rentap Jabu dan Dr Ripin Lamat, Residen Bahagian Limbang; Unus Tambi serta dif-dif kehormat yang lain.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Sarawak guna teknologi terkini fokus jana ekonomi berteraskan air

    0
    KUCHING, 23 OKTOBER 2024: Sarawak kini memberi tumpuan kepada pengurusan air yang mampan serta penggunaan teknologi terkini dalam usaha memperkukuhkan ekonomi berteraskan air. Premier Sarawak,...