More
    Home Sarawak Kuching SAMAsungkei anjuran AKYBMS raikan pelajar UNIMAS yang terpilih

    SAMAsungkei anjuran AKYBMS raikan pelajar UNIMAS yang terpilih

    KUCHING, 31 MAC 2024 (SNN): Kemuliaan bulan suci ramadan yang kini di fasa akhir terus menjadi rebutan buat umat Islam meningkatkan lagi amal ibadah dan amal jariah yang mana ganjaran pahala dijanjikan sepanjang bulan puasa dilipatgandakan oleh Allah SWT.

    Bersempena dengan kemuliaan bulan suci ini juga, Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) meneruskan tradisi berbuka atau bersungkei dengan meraikan mereka yang terpilih.

    Menerusi program SAMAsungkei AKYBMS 1445H yang diadakan pada Sabtu, AKYBMS telah meraikan beberapa siswa dan siswi yang merupakan peserta SAMAsiswa Melayu Sarawak 2024 dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bertempat di Surau Nur Addin, Medan Hamidah, Demak Jaya.

    Datu Pengurus Besar AKYBMS menyampaikan sijil penghargaan kepada Jawatankuasa Surau Nur Addin

    Majlis berbuka itu juga turut dihadiri oleh Dato’ Sri Haji Mohd Noraden bin Haji Majais, Datu Pengurus Besar AKYBMS Datu Dr Haji Sanib bin Haji Said, Dr. Santrol bin Abdullah, Jawatankuasa Surau Nur Addin, penduduk sekitar Demak Jaya, peserta SAMAsiswa Melayu Sarawak 2024 dari UNIMAS dan kakitangan AKYBMS.

    Semoga dengan program-program seperti itu mendapat keberkahan dari Allah SWT dan sentiasa mendapat lindungan rahmat dan kasih sayang dariNya.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PETROS kekal sebagai aggregator tunggal sah di Sarawak-Julaihi

    0
    KUCHING, 14 NOVEMBER 2024: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) terus mengukuhkan peranannya sebagai agregator gas tunggal di Sarawak dengan menandatangani beberapa Perjanjian Jualan Gas (GSA)...