More
    Home Sarawak Kuching SAMArindok Persembahan Kebudayaan Melayu Sarawak 2024 Siri i, hidupkan Budaya Gendang Melayu...

    SAMArindok Persembahan Kebudayaan Melayu Sarawak 2024 Siri i, hidupkan Budaya Gendang Melayu Sarawak

    KUCHING, 11 MAC 2024 (SNN): Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) hidupkan Gendang Melayu Sarawak melalui program SAMArindok Persembahan Kebudayaan Melayu Sarawak 2024 Siri I: Gendang Melayu Sarawak yang diadakan di Godown Amphitheatre, Tebingan Sungai Kuching, Sarawak.

    Melalui program tersebut, Ahli Lembaga Pemegang Amanah AKYBMS, Kebudayaan (Jawatankuasa Kesenian dan Kebudayaan AKYBMS), YBhg. Datuk Wahab bin Abdul Aziz telah menyatakan hasratnya bahawa “AKYBMS merupakan indikator yang memainkan peranan menggalakkan segenap lapisan rakyat Sarawak agar peka dan peduli terhadap kebudayaan dan keseniaan Melayu agar dihayati dan berbangga dengan estetika keindahan yang dijelmakan dalam persembahan gendang Melayu Sarawak”.

    Penganjuran pada kali ini amat istimewa, kerana menampilkan persembahan gendang Melayu Sarawak dan nopeng yang terdiri daripada pelbagai peringkat lapisan generasi.

    Antara penyertaan yang terlibat adalah Artis Badan Seni AKYBMS, Waris Anak Seni (Kanak-kanak), Cahaya Bulan Mengambang (Remaja), Warisan Seni Melayu Kuching (Dewasa), dan Kumpulan Seni Buana Kuching (Veteran).

    Semoga penganjuran program pada kali ini telah memberikan pendedahan serba sedikit tentang keindahan adat resam dan tatasusila bangsa Melayu, khususnya di Sarawak.

     

    Jangan lupa temu janji kita pada 22 Jun 2024 untuk Siri II: Puisi Melayu Tradisional di lokasi yang sama. Terima kasih kepada semua yang telah terlibat secara langsung dan tidak lang

    Yang Berbahagia, Datu Pengurus Besar AKYBMS menyampaikan cenderamata kepada Datuk Wahab Abdul Aziz-foto AKYBMS

    sung. Semoga kita berjumpa lagi di lain hari.

    Turut hadir menyerikan majlis, YBhg. Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said; Pengurus Besar AKYBMS, Encik Nasir bin Lariwo; wakil Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, dif-dif jemputan, kakitangan AKYBMS dan warga Kuching, Sarawak.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PETROS kekal sebagai aggregator tunggal sah di Sarawak-Julaihi

    0
    KUCHING, 14 NOVEMBER 2024: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) terus mengukuhkan peranannya sebagai agregator gas tunggal di Sarawak dengan menandatangani beberapa Perjanjian Jualan Gas (GSA)...