More
    Home Sarawak Kuching SAMArindok- Falsafah Langit dan Bumi yang Bahagia

    SAMArindok- Falsafah Langit dan Bumi yang Bahagia

    KUCHING, 13 MEI 2023 (SNN): Alhamdulillah, dan lafaz syukur Allah izinkan bahagia itu menerpa di setiap hati-hati ummah yang ikhlas. Selawat dan bismillah membuka langkah awal Premier Sarawak yang baharu kembali dari London, bersama para kenamaan dan pimpinan negeri Melayu Sarawak menyantuni ummah Melayu Sarawak yang pelbagai lapisan. Malah, turut hadir jemputan etnik lain yang diundang khas sebagai tanda kemajmukan warga rakyat.

    Manifestasi dan rekonstruksi seni-budaya dalam gimik edisi ke-9 menampakkan kematangan citra seni, subjek dan objek budaya, sosio-seni serta wajah inklusif budaya yang memberikan warna SAMArindok Aidilfitri sebagai penanda aras wajah kebudayaan Melayu-Islam yang indah.

    Rekonstruksi Budaya dan Naga Sakti

    Prestij tidak berjenama dan tidak dikenali, akan tetapi dibumbui dengan kerendahan hati bahawa mesej ukhwah dan muhibbah itu digalurkan bersama dengan elemen dahan budaya yang bercabang-cabang. Cabangan ini mendukung idea bahawa ranting-ranting seni itu hanyalah korpus atau alat yang menterjemahkan kebudayaan itu sendiri (Rujuk Dr. Zamri Abu Hasan; Pensyarah Kanan APM, UM; 2012).

    Misalnya Tarian Datu Permaisuri mencirikan kehalusan tarian. Gerak yang diilhamkan daripada gerak rupa paras naga sakti yang menari setiap kali bulan penuh mengambang. Dengan hembusan kalimah Illah, geraknya diiringi gemersik alunan muzika rodat, nafiri dan gendang yang membangkitkan energi luar biasa. Kehalusan ini mempamirkan kesantunan adat dan budaya Melayu itu sendiri. Dan sunnah ini adalah memandang bulan dan berdoa dengan doa Rasul. Adakah kita tidak berfikir?

    Tarian Datu Permaisuri antara yang dipersembahkan pada Majlis SAMArindok Aidilfitri AKYBMS yang berlangsung di Hotel Pullman.

    Antara lain majlis turut dimeriahkan dengan menampilkan dua ikon SAMArindok Aidilfitri iaitu Datu Marapati dan Gadjah Oleng yang menyaksikan dua ikon ini mengiringi hulubalang yang membawa ‘Meriam Bujang Tambelan Raden Adi Pati sari’ dalam upacara perasmian.

    Majlis diserikan oleh YAB Abang Jo, pewaris dan keturunan Al-Marhum Datuk Marapati dari jalur ayahanda beliau yang absah. Sayugianyalah, beliau hadir sebagai tetamu kenamaan, Premier Sarawak, yang turut hadir memenuhi undangan YB Datuk Amar Awang Tengah, Timbalan Premier Sarawak, pewaris kerabat Al-Marhum Sultan Tengah anakanda Sultan Barunai Darus Salam.

    Tahun 1599 ES/M, tarikh baginda Sultan Tengah mangkat di Bukit Santubong. Dan pusara baginda raja masih tersergam sejak dinobatkan semula oleh pihak Astana Negeri Barunai sejak 1993, (rujuk Sanib: 2023, TVS, Dokumentari Negeri Yang Hilang).

    Disclaimer: Ini merupakan sisi pandang atau perspektif peribadi sarjana muda dan tidak mewakili pandangan SNN sebagai media bebas dan tertakluk undang-undang Kerajaan Malaysia berkenaan.

    Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas mana-mana salah tafsiran dan bebas daripada sebarang sekatan mahupun dakwaan.-Sarawak Newss Network

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Abang Jo harap lebih ramai akauntan tempatan sertai usaha Kerajaan Sarawak...

    0
    KUCHING, 14 DISEMBER 2024: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menyeru lebih ramai akauntan tempatan...