More
    Home Sarawak Bintulu SALURAN@ Menara Smart percepatkan liputan jalur lebar untuk rakyat Sarawak

    SALURAN@ Menara Smart percepatkan liputan jalur lebar untuk rakyat Sarawak

    BINTULU, 25 OKTOBER 2023 (SNN): Kerajaan Sarawak akan terus komited menyediakan kemudahan utiliti dan telekomunikasi untuk seluruh rakyat di negeri ini melalui perancangan beberapa projek berimpak tinggi seperti  program SALURAN@ Menara Smart yang mempercepatkan proses penyediaan jaringan internet.

    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi memberitahu, menara Smart (Sarawak Multimedia Authority Rural Telecomunication) merupakan salah satu komponen program SALURAN yang diusahakan oleh Kerajaan Sarawak melalui agensinya iaitu Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC).

    “Melalui inisiatif ini, sebanyak 600 menara telekomunikasi di seluruh negeri dalam proses pembinaan dan ada yang telah siap serta mula dipasang dengan pemanca daripada penyedia perkhidmatan telekomunikasi seperti CelcomDigi, MAXIS, Umobile dan YTL bagi memberi liputan internet kepada rakyat.

    “Apa yang paling penting adalah, menara SMART ini digabungkan dengan beberapa peralatan Rangkaian Teras Berbilang Pengendali (MOCN) yang akan meningkatkan kualiti dan kebolehpercayaan perkhidmatan telekomunikasi di luar bandar Sarawak,” katanya pada sidang media selepas membuat lawatan kerja di menara SMART di Sg Segan dan Sg Silas pada Selasa.

    Dato Sri Julaihi membuat tinjauan kemajuan tapak projek menara SMART di Sg Silas dan Sg Segan-Foto FB Julaihi Narawi

    Tambah beliau lagi, menara telekomunikasi di Sg Silas dan Sg Sigan apabila siap sepenuhnya kelak mampu memberi liputan luas sehingga ke kawasan sepanjang jalan Samarakan dan sekitar Rh Sanggau, Rh Libon, Rh Atan dan rumah di sepanjang Ulu Sebauh.

    Jelas Dato Sri Julaihi, melalui pembinaan projek SMART ini jelas menunjukkan dedikasi Kerajaan Sarawak untuk meningkatkan kualiti hidup semua penduduk khususnya merapatkan jurang antara kawasan bandar dan luar bandar berkaitan keperluan asas seperti jaringan telekomunikasi yang baik.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan lapangan terbang baharu di Kuching akan menjadi nilai tambah daya...

    0
    KUCHING, 25 DISEMBER 2024: Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan...