More
    Home Sarawak Kuching Sabrina Azhar menempah nama menjadi model utama untuk projek yang memerlukan perwakilan...

    Sabrina Azhar menempah nama menjadi model utama untuk projek yang memerlukan perwakilan Malaysia atau Muslim di Korea Selatan.

    KUCHING, 18 NOVEMBER 2021 (SNN) : Selepas menamatkan pendidikan wajib, Sabrina Azhar 22 tahun yang berasal dari Subang yang memohon beberapa biasiswa dan masih menunggu kerana dia tidak mempunyai keputusan yang tegas mengenai ke mana untuk melanjutkan pelajaran pada akhirnya berjaya mendapat penempatan sembilan bulan dalam Program Persediaan Korea Kolej Pendidikan Intec sebelum berlepas ke Seoul untuk menyambung pelajaran dalam bidang kejuruteraan mekanikal di Universiti Hanyang.

    Memetik laporan daripada Free Malaysia Today, Sabrina seorang peminat media sosial itu mula menyiarkan kehidupannya sebagai pelajar Malaysia di Korea Selatan di pelbagai platform dan tidak menyangka bilangan pengikutnya mula bertambah, dan terus meningkat malah menjadi viral kerana Ia hanya lakukan semua itu bagi mengisi masa lapang.

    Terima kasih kepada “Dasar Pandang ke Timur”, reputasi Asia Timur sebagai hab pendidikan telah melonjak dan rakyat Malaysia semakin berminat dengan Korea sebagai pilihan untuk melanjutkan pelajaran mereka. Kesempatan itu mendorongnya untuk menterjemahkan kehidupan sebagai pelajar muslim dari Malaysia dengan mencipta saluran YouTube.

    Tidak hanya itu, pendedahan yang dibuat oleh Sabrina membuat pelakon Korea Son Jung-hun tersenyum selepas menyatakan betapa berbesar hati dia tertarik untuk memiliki seorang rakan Muslim Malaysia pertamanya. Malah Blimey, saluran YouTube Korea Selatan terbesar yang menyasarkan Malaysia turut menjemputnya untuk bersama di rancangan mereka, “3&More”. Program itu memilih sendiri beberapa lelaki Korea yang hampir tidak mempunyai pengetahuan tentang Malaysia dan Islam bertujuan untuk pertukaran budaya dengan mengadakan siri temu bual dengan wanita Islam Malaysia.

    Perkara itu diterima baik oleh warga Korea dan Malaysia, bahkan rancangan “3&More” telah ditonton lebih daripada 43 juta kali di YouTube dan Viu. Melihat kejayaan rancangan itu, Sabrina menyedari hubungan antara budaya tidak semestinya membosankan. Dengan pemikiran ini, dia mula menghasilkan kandungan yang mendidik dan menghiburkan, terutamanya yang menumpukan pada kehidupannya di Korea Selatan bagi seorang hijabi Muslim Malaysia.

    Sehingga hari ini Sabrina yang kini masuk tahun ketiga pengajiannya telah berjaya mengumpulkan kira-kira 390,000 pengikut di Instagram dan berhasrat untuk mengimbangi pengajiannya dengan mencipta kandungan tentang kehidupan budaya sebagai muslimah di Korea.

    “Walaupun kadang-kadang tertekan dengan pembelajaran dan kerjaya saya cuba untuk mengambil nafas, dan saya dapati tarian dapat membantu saya lebih tenang,” kata Sabrina, yang diwakili oleh WILD Entertainment Group, satu-satunya agensi hiburan Korea Selatan yang tidak mahu melepaskan peluang daripada menandatangani bakat gadis berhijab.

    Bintang yang semakin menempah nama di Korea itu berazam untuk meletakkan Malaysia di pentas dunia dalam tarian. Dua bulan lalu, dia telah dipilih untuk menjadi hos bagi menterjemah dan menemu bual kumpulan gadis K-Pop ‘TWICE’ untuk sesi secara langsung Shopee di Seoul. Coretan sesi itu telah dirakam dan dimuat naik di TikTok, dengan rakyat Malaysia menyuarakan betapa bangganya mereka melihat perwakilan Muslim tempatan dalam rancangan tersebut.

    Sabrina bergambar bersama artis K-Pop Twice selepas rancangan Shoppee di Seoul.

    Selain itu, awal bulan lalu, dia menjadi hos dalam rancangan memasak untuk Minggu Restoran Halal 2021 dengan pemenang musim ketiga “MasterChef” Korea, cef Choi Gwang-ho. Dia membantu tukang masak yang dihormati itu memasak versi halal “kimchijeon”, sejenis pancake Korea, sambil dalam pada masa yang sama Sabrina turut memperkenalkan kepada penonton Korea snek goreng pisang Malaysia yang digemari rakyat Malaysia.

    “Mereka (rakyat Korea) memiliki rasa ingin tahu yang tinggi dan saya sendiri pernah dihalang oleh seorang wanita yang ingin tahu apa yang saya pakai di kepala saya,” katanya sambil menambah bahawa orang awam di sana sentiasa menghormati kepercayaannya selain perjalanan Korea Selatan masih jauh untuk memahami dan menerima umat Islam.

    “Ia bukanlah syurga atau tempat perlindungan yang difikirkan oleh penonton saya di rumah, dan saya hanya cuba menyampaikannya melalui kandungan yang saya cipta setiap hari dan saya percaya satu perubahan kecil yang dia bawa pasti membawa perubahan yang besar suatu hari kelak,” katanya.

    Jelas beliau, dirinya benar-benar tidak kisah meluangkan masa untuk menerangkan sesuatu berkaitan budaya dan agama kepada orang Korea. Beliau faham mereka telah membesar dalam masyarakat yang sangat homogen dan sekiranya jawapan dari pertanyaan yang diajukan dapat membantu mereka memahami sedikit sebanyak tentang tanah air Malaysia dan agama Islam itu adalah sesuatu yang sangat baik.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Premier Sarawak ketuai deligasi dalam lawatan kerja rasmi selama lima hari...

    0
    TOKYO, 16 DISEMBER 2024: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg selamat tiba di Tokyo, Jepun...