More
    Home Sarawak Samarahan SABERKAS Cawangan Muara Tuang anjur Program Jerayawara Bubur Pedas 2021

    SABERKAS Cawangan Muara Tuang anjur Program Jerayawara Bubur Pedas 2021

    SAMARAHAN, 02 MEI 2021 (SNN) : Bersempena bulan Ramadhan yang kini telah masuk fasa ke tiga SABERKAS cawangan Muara Tuang, Samarahan sekali lagi kembali memeriahkan bulan puasa dengan menganjurkan Program Jerayawara Bubur Pedas 2021 dengan simbolik penyerahan bubur pedas di Marqas Operasi Pusat Khidmat Muara Tuang, Taman Desa Ilmu, Kota Samarahan.

    Untuk makluman, program jerayawara berkenaan diadakan pada setiap tahun di bulan puasa oleh SABERKAS Cawangan Muara Tuang dengan objektif berkongsi kenikmatan bulan mulia ini bersama-sama disamping menyantuni masyarakat terutama golongan yang kurang berkemampuan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Muara Tuang.

    Upacara simbolik penyerahan bubur pedas tersebut telah disampaikan oleh Kaunselor Aziz Mohamad mewakili ADUN Muara Tuang, Dato’ Idris Buang kepada wakil SABERKAS Negeri, Ketua Unit SABERKAS, wakil Marqas Pusat Khidmat DUN Muara Tuang, Penghulu-penghulu (Kampung Muara Tuang, Kampung Sungai Mata, Kampung Tanjung Bundong Fasa Satu dan Kampung Empila.

    Turut hadir sama dalam majlis Setiausaha Eksekutif SABERKAS Negeri Sarawak; Iszuan Haironi, Timbalan Ketua Marqas Operasi Pusat Khidmat DUN Muara Tuang; Awang Nasihin Awang Samah, Penghulu Kampung Muara Tuang; Suut Man, Penghulu Kampung Sungai Mata; Elen Mustapha, Penghulu Kampung Tanjung Bundong Fasa Satu; Saraee Konen dan Penghulu Kampung Empila; Man Nasa.-SUMBER UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    RUU yang diluluskan semasa persidangan DUN baru-baru ini beri impak besar...

    0
    KUCHING, 10 JANUARI 2025: Kelulusan beberapa Rang Undang-Undang (RUU) baharu semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada bulan Mei dan November tahun lalu...