More
    Home Sarawak Kuching RUU Pengagihan Gas (Pindaan) 2024; Langkah pertama Sarawak kearah pacu ekonomi hidrogen

    RUU Pengagihan Gas (Pindaan) 2024; Langkah pertama Sarawak kearah pacu ekonomi hidrogen

    KUCHING, 12 NOVEMBER 2024: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Pengagihan Gas (Pindaan) 2024 sekaligus menandakan langkah berani ke arah pengembangan ekonomi hidrogen di wilayah ini.

    Kelulusan tersebut diumumkan oleh Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Dato’ Idris Buang selepas menerima sokongan sebulat suara daripada 22 orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

    Sebelum itu, RUU Pindaan tersebut dibentangkan oleh Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi, dibahas dan disokong oleh 22 ADUN termasuk sebelum diluluskan.

    Pada sesi pembentangan RUU berkenaan, Dato Sri Julaihi menyatakan bahawa pindaan ini membolehkan Kerajaan Sarawak melantik pengawal selia yang bertanggungjawab mengeluarkan lesen untuk pelbagai aktiviti berkaitan hidrogen, termasuk penjanaan, penyimpanan, pengangkutan, dan pengedaran di seluruh negeri.

    “Meluluskan RUU ini bukan sekadar langkah kawal selia, tetapi ia adalah satu langkah transformatif untuk memastikan Sarawak menjadi peneraju dalam ekonomi hidrogen,” katanya dalam ucapan penggulungan bacaan kali ketiga RUU tersebut di Persidangan DUN Sarawak Ke-19 pada Isnin.

    Dato Sri Julaihi ketika membaca ucapan penggulungan pada Persidangan DUN Ke-19-UKAS

    Beliau menekankan bahawa pemindahan ordinan ini memperlihatkan komitmen Sarawak untuk melaksanakan hak dan bidang kuasa undang-undang yang jelas dalam pengurusan sumber dan rangka kerja kawal selia, sesuai dengan keperluan unik rakyatnya.

    Tambah Dato’ Sri Julaihi, pematuhan kepada undang-undang adalah asas penting untuk memastikan kerjasama federalisme di negara ini, serta menghormati hak negeri dalam hal pengedaran gas.

    Seiring aspirasi Sarawak untuk menjadi negeri berasaskan tenaga bersih, beliau menyeru semua pihak yang beroperasi di wilayah ini untuk menghormati dan mematuhi rangka kerja kawal selia Sarawak.

    “Pematuhan kepada Ordinan Pengagihan Gas bukan sahaja menyokong pembangunan sumber kita secara mampan tetapi turut mengukuhkan asas kerjasama persekutuan kita,” tambahnya.

    Jelasnya yakin bahawa pematuhan terhadap piawaian Sarawak akan menggalakkan komitmen bersama dalam mencapai matlamat pembangunan negeri dan memperkukuhkan semangat perkongsian dalam kerangka federalisme yang lebih luas-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan lapangan terbang baharu di Kuching akan menjadi nilai tambah daya...

    0
    KUCHING, 25 DISEMBER 2024: Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan...