More
    Home Sarawak Kuching RUU Elektrik Pindaa 2023 mampu realisasikan impian Sarawak sebagai Hub Kuasa Tenaga...

    RUU Elektrik Pindaa 2023 mampu realisasikan impian Sarawak sebagai Hub Kuasa Tenaga di Asean

    KUCHING, 22 NOVEMBER 2023: Rang Undang-Undang (RUU) Elektrik (Pindaan) 2023 dapat memajukan dasar Kerajaan dalam menjadikan Sarawak sebagai Hab Kuasa Tenaga di ASEAN.

    Menurut Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Dato Sri Julaihi Narawi, pindaan RUU ini mengukuhkan Sarawak sebagai pusat kuasa tenaga di ASEAN dengan mengeksport tenaga boleh diperbaharui ke luar Sarawak.

    “Ia mampu mengukuhkan status Sarawak sebagai pusat kuasa tenaga atau hab bagi rantau ASEAN melalui sistem grid yang membolehkan tenaga boleh diperbaharui dari Sarawak dieksport ke Sabah, Brunei, Kalimantan, Singapura dan juga Semenanjung Malaysia,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Elektrik (Pindaan) 2023 buat bacaan kali kedua dalam Persidangan DUN Sarawak Ke-19 pada Selasa.

    Selain itu, Dato Sri Julaihi menambah, pindaan ini menyaksikan Sarawak Energy Berhad (SEB) menjadi syarikat milik penuh kerajaan Sarawak termasuk menjadi Pembeli Tunggal dalam menggalakkan pembangunan tenaga boleh diperbaharui iaitu tenaga solar dan hidro.

    Katanya, ia membolehkan rakyat dan pelabur mengambil bahagian dalam pengeluaran atau penjanaan tenaga boleh diperbaharui melalui pemasangan sistem tenaga suria dan kuasa hidro di sungai sekitar Sarawak untuk pengagihan serta bekalan elektrik kepada pengguna melalui sistem grid penghantaran yang dimiliki oleh SEB.

    “Ia akan memberi peluang kepada rakyat dan pelabur kita untuk mengambil bahagian dalam penjanaan kuasa, menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan dan menyediakan sumber pendapatan tambahan kepada Sarawak,” jelasnya.

    Justeru katanya, kerajaan Sarawak akan dapat memudahkan pelaksanaan untuk peralihan tenaga kepada tenaga boleh diperbaharui yang bersih serta mewujudkan industri elektrik yang teguh dan dikawal dengan baik untuk menyokong pembangunan mampan Sarawak untuk menjadi kuasa serantau ASEAN.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PETROS kekal sebagai aggregator tunggal sah di Sarawak-Julaihi

    0
    KUCHING, 14 NOVEMBER 2024: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) terus mengukuhkan peranannya sebagai agregator gas tunggal di Sarawak dengan menandatangani beberapa Perjanjian Jualan Gas (GSA)...