More
    Home Sarawak Kuching Rundingan PETROS sebagai agregator tunggal dalam pengagihan gas bersama PETRONAS dianggap selesai

    Rundingan PETROS sebagai agregator tunggal dalam pengagihan gas bersama PETRONAS dianggap selesai

    KUCHING, 01 NOVEMBER 2024 (SNN): Rundingan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) sebagai agregator tunggal dalam pengagihan gas di negeri ini bersama Petroliam National Berhad (PETRONAS) kini sudah selesai.

    Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, tempoh tiga bulan yang diberikan oleh Kerajaan Sarawak kepada PETRONAS telahpun genap pada 31 Oktober 2024 di mana menurut beliau pihak PETRONAS telah memaklumkan secara tidak rasmi perkara tersebut kepada Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi.

    Keputusan ini jelas beliau melibatkan persetujuan secara prinsip dari pihak PETRONAS untuk menjadikan PETROS sebagai pengumpul tunggal atau ‘sole aggregator’ bagi gas asli yang dihasilkan di Sarawak.

    “Walaupun belum ada dokumen rasmi dikeluarkan setakat ini namun kita yakin bahawa persetujuan rasmi akan diumumkan tidak lama lagi dan bermakna kita akan terus membincangkan formula serta butiran dengan lebih lanjut.

    “Perkembangan ini juga sudah saya maklumkan kepada Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi dan beliau turut memberi jaminan bahawa dokumen rasmi mengenai perjanjian ini dakan dikeluarkan dalam masa terdekat,” katanya selepas menghadiri Rumah Terbuka Deepavali di kediaman Presiden Persatuan Tokong Sikh Sarawak, Dato Dr Kalwinder Singh Khaira pada Khamis.

    Tambah beliau lagi, pelantikan PETROS sebagai pengumpul tunggal gas asli adalah satu pencapaian penting yang bukan sahaja mengukuhkan kedudukan Sarawak dalam mengawal sumber asli negeri tetapi juga memberi peluang kepada negeri ini untuk menguruskan hasil gasnya secara lebih efisen.

    Malah, tegasnya, keputusan ini adalah selaras dengan pindaan Ordinan Pengedaran Gas 2016 yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada November tahun lalu yang memberikan PETROS kuasa penuh untuk menguruskan pengedaran gas kepada pembeli hiliran di Sarawak.

    Kenyataan rasmi Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak pada Khamis

    Dalam perkembangan yang sama, Dato Sri Julaihi dalam kenyataannya menegaskan Kerajaan Sarawak mengulangi bahawa perbincangan berterusan antara PETRONAS dan PETROS seharusnya diselesaikan secepat mungkin.

    “Meskipun perbincangan antara dua pihak itu masih berlangsung namun saya berharap agar semua pihak yang terlibat dapat mencapai kata sepakat dalam tempoh yang singkat demi kepentingan bersama,” jelasnya.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan lapangan terbang baharu di Kuching akan menjadi nilai tambah daya...

    0
    KUCHING, 25 DISEMBER 2024: Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan...