More
    Home Sarawak Limbang Rumah terbuka Timbalan Premier Sarawak disambut meriah

    Rumah terbuka Timbalan Premier Sarawak disambut meriah

    LAWAS, 05 MEI 2022 (SNN): Seperti kebiasaan bagi masyarakat Islam, setiap kali menyambut Hari Raya Aidilfitri, diadakan rumah terbuka bagi membolehkan orang ramai berkunjung dan bermaaf-maafan.

    Di daerah Lawas, Timbalan Premier Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Sari Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan telah mengadakan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri bertempat di Hotel Seri Malaysia pada Rabu.

    Pelbagai lapisan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, Lun Bawang dan sebagainya di daerah Lawas hadir memeriahkan majlis.

    Lebih kurang 2,000 penduduk hadir di majlis itu bermula dari jam 9:00 pagi hingga 4:00 petang yang disajikan dengan pelbagai juadah raya seperti lauk dan kuih muih serta dihiburkan dengan nyayian daripada artis tempatan.

    Ini merupakan kali pertama Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri selepas dua tahun tidak diadakan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan COVID-19 di seluruh negara.

    Turut sama hadir di majlis itu Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Lawas Dato’ Henry Sum Agong, Timbalan Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Sarawak merangkap ADUN Bukit Kota Limbang Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Pemangku Residen Bahagian Limbang Sebi Abang dan Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Awangku Zainal Abidin Dato Pengiran Jawa.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak perluas akses internet di negeri ini di bawah Program...

    0
    KUCHING, 18 NOVEMBER 2024: Kerajaan Sarawak terus melaksanakan langkah proaktif untuk memperluas liputan internet di negeri ini melalui program Sarawak Linking Urban, Rural and...