More
    Home Sarawak Samarahan Rubiah Wang tinjau proses agihan bantuan makanan PKPD di Kampung Baru, Samarahan

    Rubiah Wang tinjau proses agihan bantuan makanan PKPD di Kampung Baru, Samarahan

    KOTA SAMARAHAN, 22 JUN 2021 (SNN) : Lebih 4,000 orang penduduk melibatkan 980 buah keluarga di Kampung Baru, Samarahan yang sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) telah menerima bantuan bekalan makanan fasa kedua hasil sumbangan Ahli Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wang dan Kerajaan Negeri Sarawak.

    Bantuan bakul makanan yang diagihkan pada Sabtu melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) dan dibantu oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kota Samarahan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Samarahan serta Ketua-Ketua Kampung dan Jawatankuasa Kampung itu berlangsung di Dewan Masyarakat Kampung Baru Tengah sebelum diagihkan ke setiap rumah penduduk.

    Semasa tinjauan beliau ke lokasi, Rubiah wang mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha memastikan proses pengagihan bantuan berkenaan dilaksanakan dengan lancar serta semua penerima daapt memanfaatkan bantuan yang diberikan dengan sebaiknya.

    Pihak JKM membantu mengagihkan bakul makanan

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    [Imbasan Parlimen] Rancangan Malaysia Ke-13: Dari Batang Sadong ke Parlimen

    0
    Kota Samarahan 13 Ogos 2025 - Persidangan Parlimen pada 11 Ogos yang lalu menyaksikan perbahasan daripada Ahli Parlimen Batang Sadong, YB Rodiyah Sapiee bagi...