More
    Home Malaysia Rubiah mahu RISDA Sarawak bantu suntik dana bagi anak muda tempatan yang...

    Rubiah mahu RISDA Sarawak bantu suntik dana bagi anak muda tempatan yang mahu memulakan perniagaan dalam bidang keusahawanan

    KOTA SAMARAHAN, 09 JANUARI 2022 (SNN): Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Sarawak diseru agar mencari dan membantu anak desa tempatan yang mempunyai minat, keterampilan dan bertekad untuk berjaya khasnya dalam bidang keusahawanan.

    Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata, golongan tersebut boleh diberikan bantuan permulaan dalam bentuk dana dan bimbingan untuk membantu mereka mencapai kejayaan pada masa depan.

    “Kejayaan mereka akan dapat membantu masyarakat sekitar dengan peluang pekerjaan serta peningkatan ekonomi setempat,” jelasnya semasa mengadakan lawatan kerja ke Pejabat RISDA Sarawak pada Sabtu.

    Datuk Rubiah yang juga Ahli Parlimen Kota Samarahan berkata, usahawan-usahawan RISDA telah berjaya mendapatkan dana awal untuk membentuk perniagaan.

    “Melalui bimbingan berterusan daripada RISDA, mereka juga memenangi Bizz Challenge dan mendapat anugerah dana tambahan sebanyak RM70,000,” ujarnya.

    Tambah beliau, kejayaan ini merupakan satu kejayaan bersama RISDA dan kementeriannya dalam usaha melahirkan usahawan berjaya dalam kalangan anak desa Sarawak.

    Lokasi pertama yang dilawati ialah premis pembuatan produk-produk berkaitan nanas iaitu kuih tart dan jus nanas di D’Mata Enterprise, Kampung Sungai Mata sebelum bergerak ke Sri Mewani Spa di Desa Ilmu.

    Datuk Rubiah dan rombongan mengadakan lawatan ke rumah usahawan cendol Aju Interprise di Kampung Empila.

    Difahamkan, tujuan lawatan kerja itu adalah untuk mendapatkan perkembangan terkini berkaitan projek dan program yang dilaksanakan oleh RISDA khususnya melibatkan pekebun kecil getah dan masyarakat setempat.

    Sebelumnya, ketibaan Datuk Rubiah didahulukan dengan taklimat oleh Pengarah RISDA Negeri Sarawak, Shaharuddin Saberi dan kemudiannya meninjau program Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) di beberapa lokasi.-UKAS.

     

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Abang Jo harap lebih ramai akauntan tempatan sertai usaha Kerajaan Sarawak...

    0
    KUCHING, 14 DISEMBER 2024: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menyeru lebih ramai akauntan tempatan...