More
    Home Malaysia Rubiah gesa kontraktor segera turap jalan sebelum sesi persekolahan bermula

    Rubiah gesa kontraktor segera turap jalan sebelum sesi persekolahan bermula

    KOTA SAMARAHAN, 07 JANUARI 2022 (SNN) : Ahli Parlimen Kota Samarahan, Hajah Rubiah binti Haji Wang menggesa pihak kontraktor segera menurap/menaiktaraf jalan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Hajjah Laila Taib ekoran beberapa hari lagi sesi persekolahan akan bermula.

    Ketibaan beliau pada Khamis yang turut diiringi oleh Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Ir Aidel Lariwoo dan delegasi dari Jabatan Kerja Raya serta pihak kontraktor yang melaksanakan projek berkenaan bagi melihat sendiri keadaan jalan raya yang masih belum diturap sepenuhnya.

    Tambahnya, pihak kontraktor juga diminta untuk menyediakan garisan jalan sementara khasnya dari persimpangan Jambatan Samarahan sehingga ke Jambatan Sungai Sui yang mana menyukarkan pengguna apabila menjelang malam dan boleh mengakibatkan kemalangan.

    Ahli Parlimen Kota Samarahan melihat sendiri keadaan jalan yang masih belum diturap di hadapan SMK Hajah Laila Taib

    “Saya bersama YB Aidel (Lariwoo) telah melakukan tinjaun mengejut ke kawasan menaiktaraf jalan ini untuk melihat prestasi serta memastikan beberapa perkara yang perlu dilaksanakan segera oleh pihak kontraktor”

    “Kita juga telah minta pihak kontraktor untuk mengecat jalan tersebut iaitu untuk menyediakan garisan jalan sementara yang berwarna kuning sementara menunggu kerja-kerja menaik taraf jalan tersebut lengkap sepenuhnya”

    “Begitu juga dengan jalan yang berhadapan dengan SMK hajah Laila Taib juga kita minta pihak kontraktor untuk penurapan segera sebelum pembukaan sekolah pada minggu hadapan” katanya semasa ditemui media.

    Hajah Rubiah turut menambah bahawa garisan putih tersebut belum dapat disediakan sehingga jalan berkenaan disiapkan sepenuhnya. Namun atas dasar keselamatan dan panduan pengguna jalanraya, beliau meminta garisan jalan sementara berwarna kuning disediakan oleh pihak kontraktor.

    Must Read

    Mohd Shafizan harap Jambatan Saribas dapat dibuka untuk awam menjelang Aidilfitri...

    0
    PUSA, 30 JANUARI 2025: Jambatan Saribas perlu disiapkan secepat mungkin, terutama sebelum Hari Raya Aidilfitri 2025, bagi memastikan rakyat Sarawak dapat menikmati kemudahan infrastruktur...