More
    Home Sarawak Kuching Ruang solat Hospital Umum Sarawak akan dinaiktaraf menjadi masjid baharu.

    Ruang solat Hospital Umum Sarawak akan dinaiktaraf menjadi masjid baharu.

    KUCHING, 21 MEI 2023 (SNN): Kerajaan Sarawak bersetuju memperuntukkan dana sebanyak RM6.5 juta bagi membina Masjid Al-Mushtasfa di Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini.

    Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg mengumumkan berita baik tersebut selepas mendengar cadangan pihak HUS untuk menaik taraf ruang solat di hospital berkenaan.

    “Ini merupakan satu daripada kifayah dan kedua, ia bagi membolehkan para pesakit yang tidak kritikal untuk menunaikan solat.

    “Rukun fardhu kifayah dapat dilaksanakan seperti menguruskan solat jenazah,” katanya demikian ketika berucap dalam Majlis Makan Malam Juh Berjarah Raya 2023, di Dewan Kompleks Islam Sarawak (MAJMA) pada Sabtu.

    Premier Sarawak menyerahkan cek peruntukan kepada pihak pengurusan HUS untuk projek pembinaan masjid berkenaan.

    Dalam masa sama, Premier Sarawak turut menyatakan hasrat untuk membina ruang ibadat bagi mereka yang bukan beragama Islam.

    “Maka menerusi Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) kita memberi bantuan sebanyak RM600,000 bagi menaik taraf ruang ibadat untuk agama lain,” tambahnya.

    Terdahulu Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari turut memperuntukan sumbangan sebanyak RM50,000 untuk kegunaan Hospital Umum Sarawak.

    Hadir sama pada majlis itu isteri kepada Premier Sarawak; Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, Timbalan Premier Sarawak; Dato Sri Prof Dr Sim Kui Hian, Pengarah Hospital Umum Sarawak; Dr Ngien Hie Ung serta tetamu-tetamu jemputan lain.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Sarawak guna teknologi terkini fokus jana ekonomi berteraskan air

    0
    KUCHING, 23 OKTOBER 2024: Sarawak kini memberi tumpuan kepada pengurusan air yang mampan serta penggunaan teknologi terkini dalam usaha memperkukuhkan ekonomi berteraskan air. Premier Sarawak,...