More
    Home Sarawak Kuching Rokok dan minuman keras tanpa cukai bernilai lebih RM800 ribu berjaya dirampas...

    Rokok dan minuman keras tanpa cukai bernilai lebih RM800 ribu berjaya dirampas Pasukan Polis Marin Kuching

    KUCHING, 01 OKTOBER 2021 (SNN) : Sepasukan diketuai seorang Pegawai Kanan Polis dan sembilan Pegawai Rendah Polis daripada Unit Risik Marin Pasukan Polis Marin Wilayah Lima Kuching pada 24 September yang lepas semasa menjalankan tugas Op Kontraban dengan menggunakan tiga buah kenderaan pasukan PDRM telah membuat pemeriksaan terhadap sebuah premis yang disyaki terlibat dengan penyeludupan barangan tidak bercukai dengan anggaran nilai sebanyak RM800,000.00.

    Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Lima Sarawak, ACP Zulfikar bin Mohd Ghazali berkata hasil pemeriksaan terhadap sebuah premis yang disyaki di kawasan TT3 Commercial Centre Kuching mendapati pelbagai jenis rokok putih dan kretek beserta minuman keras pelbagai jenama disimpan di dalam premis berkenaan. Pemilik premis gagal mengemukan sebarang dokumen kebenaran menyimpan atau milikan rokok dan minuman keras yang disyaki tidak bercukai KASTAM.

    Ujar beliau lagi, serbuan tersebut adalah hasil daripada risikan yang telah dibuat oleh pegawai dan anggota Unit Risik Marin Pasukan Polis Marin Wilayah Lima Kuching. Kesemua rokok dan minuman keras pelbagai jenama tersebut telah dirampas dan penahanan seorang lelaki warga tempatan bagi membantu siasatan kerana disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Kastam 1967. Kes tersebut telah diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching untuk siasatan selanjutnya.

    Individu warga tempatan turut ditahan bagi membantu siasatan

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pendidikan Awal Kanak-Kanak penting lahirkan generasi berkualiti pada masa akan datang

    0
    LIMBANG, 06 JANUARI 2025: Hari Apresiasi Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) dan Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) memainkan peranan penting dalam memperkasakan...