More
    Home Malaysia RM900,000 diluluskan di bawah RTP bagi menaik taraf Klinik Kesihatan Sebangan

    RM900,000 diluluskan di bawah RTP bagi menaik taraf Klinik Kesihatan Sebangan

    SEBUYAU, 07 DISEMBER 2023 (SNN): Fasiliti kesihatan di Klinik Kesihatan Sebangan, Sebuyau memerlukan penambahbaikan bagi memastikan warga sekitar dan kakitangan klinik yang datang mendapatkan rawatan berada dalam keadaan selesa.

    Prihatin terhadap kebajikan rakyat, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi bersama Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohammad Shafizan Kipli telah meluluskan masing-masing peruntukan sebanyak RM600,000 dan RM300,000 di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) Tahun 2024 untuk menaik taraf Klinik Kesihatan Sebangan, Sebuyau.

    Dato Sri Julaihi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau memberitahu, peruntukan tersebut kelak akan digunakan bagi membesarkan ruangan yang diperlukan ekoran ruangan sedia ada agak sedikit kecil dan kurang selesa akibat penambahan jumlah pesakit yang hadir mendapatkan rawatan.

    “Menjadi keutamaan kita untuk memastikan mereka yang datang mendapatkan rawatan di sini dalam keadaan selesa dan tidak sesak kerana klinik terbabit bukan sahaja didatangi oleh penduduk dari Sebangan bahkan dari beberapa buah kampung lain di sekitarnya.

    “Oleh itu, satu ruangan tambahan perlu disediakan bagi membolehkan pesakit yang datang ke fasiliti ini dalam keadaan selesa di samping struktur bangunan juga perlu ditambah baik memandangkan ia kelihatan agak uzur dan suram,” katanya selepas hadir menyempurnakan Majlis Gotong-Royong Mengecat Klinik Kesihatan Sebangan pada Rabu.

    Dato Sri Julaihi dan Ahli Parlimen Batang Lupar menyempurnakan gimik mengecat semula dinding bangunan KK Sebangan

    Tambahnya lagi, beliau difahamkan Klinik Kesihatan Sebangan ketika ini mempunyai lebih 2,100 kes atau pengunjung pada setiap bulan. Oleh hal sedemikian, amat wajar proses pembesaran ruangan dan penambahbaikan dilakukan dalam masa terdekat ini.

    Terdahulu, Dato Sri Julaihi bersama Ahli Parlimen Batang Lupar dan warga kampung serta kakitangan klinik bersama-sama membersihkan kawasan sekitar klinik dan juga mengecat semula dinding bangunan agar nampak lebih bersih dan ceria.

    Turut hadir sama adalah Dr Nur Fatihah Oh Abdullah; Pegawai Perubatan Bahagian Samarahan, Dr Nurul Huda Aziz; Pegawai Perubatan Klinik Sebangan, Dr Sharifah Norashikin Wan Ahmad; Pegawai PKD Simunjan, Dr Nur Darlina Bt Shaari; Pakar Perubatan Keluarga Klinik Sebuyau, Dr Asif Abdullah; Pegawai Perubatan Klinik Sebangan, Dr Farah Liyana Bt Abd Rahim; Pegawai Perubatan Klinik Sebuyau, Dr Haziera Abd Ghani; Pegawai Perubatan Klinik Sebangan, SAO Melor Buyong Pejabat Daerah Sebuyau, Osman Jamel; Ahli Penasihat Perubatan dan ahli yang lain serta ketua masyarakat tempatan.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PETROS kekal sebagai aggregator tunggal sah di Sarawak-Julaihi

    0
    KUCHING, 14 NOVEMBER 2024: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) terus mengukuhkan peranannya sebagai agregator gas tunggal di Sarawak dengan menandatangani beberapa Perjanjian Jualan Gas (GSA)...