More
    Home Sarawak Kuching RM450 juta diperuntuk laksana projek naik taraf bekalan elektrik termasuk pembinaan pencawang...

    RM450 juta diperuntuk laksana projek naik taraf bekalan elektrik termasuk pembinaan pencawang baharu-Julaihi

    KUCHING, 03 APRIL 2025: Bekalan elektrik di Sarawak terus diperkukuh menerusi pelaksanaan beberapa projek naik taraf termasuk pembinaan pencawang baharu dan penggunaan sistem kabel bawah tanah dengan peruntukan sebanyak RM450 juta.

    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, antara kawasan yang akan menerima manfaat daripada projek itu kelak ialah Daerah Lawas, Lubok Antu, Sungai Asap, Asajaya dan Simunjan.

    Katanya, projek tersebut merupakan sebahagian daripada peruntukan sebanyak RM450 juta yang telah diluluskan bagi meningkatkan kestabilan bekalan elektrik di negeri ini ekoran peningkatan permintaan bekalan di kawasan baharu.

    “Kita telah menyiapkan pencawang baharu di Asajaya dan menghubungkannya dengan pencawang di MID Industrial Estate menggunakan ‘Horizontal Directional Drilling’ (HDD) (kaedah pemasangan kabel bawah tanah).

    “Ini telah membantu meningkatkan kualiti bekalan elektrik di Bahagian Samarahan, khususnya di Daerah Asajaya,” katanya selepas hadir ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Premier Sarawak 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Selasa.

    Dato Sri Julaihi merakam gambar bersama YAB Premier semasa berkunjung ke Rumah Terbuka Premier di BCCK

    Beliau turut menjelaskan bahawa gangguan bekalan elektrik yang tidak berjadual boleh berlaku atas pelbagai faktor, termasuk kerosakan akibat aktiviti pihak ketiga dan fenomena semula jadi seperti panahan petir.

    “Kadang-kadang, kabel rosak akibat kerja-kerja yang dilakukan pihak ketiga, bukan oleh SESCO sendiri bahkan sesetengahnya disebabkan oleh kejadian vandalisme yang juga boleh menyebabkan gangguan bekalan,” katanya.

    Beliau juga berharap dengan pelaksanaan projek-projek ini, gangguan bekalan elektrik dapat dikurangkan dan rakyat Sarawak dapat menikmati bekalan yang lebih stabil dan berterusan-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    - Advertisment -

    Must Read

    Tarif AS tidak beri impak ketara ke atas ekonomi Sarawak-Abang Jo

    0
    KUCHING, 09 APRIL 2025: Ekonomi Sarawak tidak terjejas secara ketara susulan pelaksanaan tarif terhadap barangan import Amerika Syarikat (AS) yang berkuat kuasa pada 9...