More
    Home Sarawak Kuching RM4 bilion dana diperuntukan bagi menangani isu bekalan air di kawasan terjejas...

    RM4 bilion dana diperuntukan bagi menangani isu bekalan air di kawasan terjejas teruk dan dijangka siap suku akhir tahun 2023-Datuk Julaihi

    KUCHING, 24 Mei: Sebanyak RM4 bilion diperuntukan bagi menangani isu berkaitan bekalan air di kawasan terjejas teruk di bawah Projek Rakyat untuk pembangunan Program Grid Bekalan Air Sarawak sedang giat dilaksanakan dan ianya dijangka siap menjelang akhir tahun 2023.

    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi berkata, daripada jumlah 288, sebanyak 297 projek yang bernilai RM3.4 bilion telah dianugerahkan dimana 197 projek telahpun siap, manakala 91 lagi di bawah pelbagai peringkat pelaksanaan, dan 9 lagi projek masih dalam peringkat penilaian tender dan reka bentuk.

    “Liputan bekalan air keseluruhan di negeri ini juga telah mencapai 83.6 peratus meliputi 99% di kawasan bandar dan 66.9% di luar bandar dan pihak kementerian memerlukan peruntukan RM21.24 bagi mencapai sasaran liputan penuh bekalan air seluruh negeri selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030.

    “Selain itu, sebanyak 5 pakej projek Sistem Bekalan Air Alternatif Sarawak (SAWAS) telah siap dan membekalkan bekalan air bersih kepada 572 isi rumah di Bahagian Sri Aman, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang manakala 22 Projek yang bertujuan bagi menyediakan bekalan air bersih dan selamat kepada masyarakat juga sedang dilaksanakan di bawah Program Rakyat dengan kos RM135 juta dijangka akan memanfaatkan 1548 isi rumah.

    Beliau berkata demikian dalam sesi ucapan penggulungan Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi pada persidangan DUN Sarawak, pada Selasa.

    ADUN Sebuyau itu menambah, bagi menambahbaik mutu perkhidmatan bekalan air Kementerian Utiliti telah menjalankan sistem pendigitalan bekalan air yang diselia di bawah Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB).

    “Melalui program pendigitalan terbabit, JBALB akan memasang 40 000 smart meter sebagai projek perintis di Bahagian Serian menjelang hujung tahun ini. Sebanyak 14,012 juga telah dipasang di Daerah Bau, Asajaya, Sebuyau dan Simunjan,” ujarnya.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pelbagai inisiatif dilaksanakan Kerajaan Sarawak tingkatkan prestasi akademik pelajar di negeri...

    0
    BARAM, 04 DISEMBER 2024: Kerajaan Sarawak komited dalam meningkatkan prestasi akademik para pelajar di negeri ini dengan memperkenalkan pelbagai inisiatif yang telah dirancang, demikian...